Harian Metro

BEBAN 10 KG

„ Rizman Ruzaini akui tugas sukar reka pakaian wakil Miss Universe Malaysia

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Pereka fesyen selebriti terkenal, Rizman Ruzaini mengakui tugas menghasilk­an pakaian kebangsaan untuk wakil Miss Universe Malaysia, Kiran Jassal ke pertanding­an Miss Universe di Pasay City, Filipina, 30 Januari ini sangat berat dan bukan mudah.

Rizman, 32, yang menghasilk­an rekaan berinspira­sikan bangunan Menara Berkembar Petronas di KLCC turut berdepan kritikan kerana dikatakan tidak menampilka­n ciri budaya tempatan.

“Mungkin ramai keliru antara pakaian kebangsaan dan tradisiona­l. Dalam pertanding­an Miss Universe, pakaian kebangsaan sesuatu yang melambangk­an apa saja identiti yang menjadi kebanggaan negara.

“Bukan tugas mudah menghasilk­an pakaian itu kerana saya membawa nama Malaysia. Ini tahun ketiga saya ditawarkan organisasi Miss Universe Malaysia untuk menghasil pakaian peserta, tetapi cuma tahun ini baru saya bersedia menyahut cabaran itu,” katanya.

Rizman berkata, persediaan dilakukan sejak awal tahun lalu.

Menurutnya, dia mengadakan banyak perbincang­an dengan pelbagai pihak sebelum mengambil keputusan menggunaka­n tema Menara Berkembar KLCC,” katanya.

Rizman berkata, rekaan pakaian menggunaka­n lebih 100,000 berlian perak pelbagai jenis itu dilakukan dengan teliti merangkumi idea, konsep hinggalah kepada pembuatann­ya.

“Saya lakukan yang terbaik dan memang menaruh harapan Malaysia akan memenangi kategori pakaian terbaik nanti,” katanya.

Rizman berkata, kemenangan rekaan pakaian terbaik dalam Miss Universe sebelum ini bukan bercirikan tradisiona­l seperti Tuk Tuk (Thailand), Borobudur (Indonesia), Porcelin (China) dan Ninja Samurai (Jepun).

“Pakaian yang akan dipakai Kiran nanti direka khas secara eksklusif, mahal dan bercirikan ‘couture’.

Ia bukan sekadar main tampal atau digam, sebaliknya dijahit sepenuhnya dan untuk menara pada bahagian bahu kami memang gunakan tapak besi sebenar.

“Beratnya pun sudah lebih 10 kilogram dan menara itu perlu direka sesuai dengan keselesaan Kiran apabila memperagak­annya nanti. Kami mahu dia berjalan dengan megah di pentas dan pada masa sama selesa,” katanya.

Saya lakukan yang terbaik dan memang menaruh harapan Malaysia akan memenangi kategori pakaian terbaik nanti”

Rizman

 ??  ?? BUSANA rekaan Rizman Ruzaini yang dipakai Kiran, semalam.
BUSANA rekaan Rizman Ruzaini yang dipakai Kiran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia