Harian Metro

‘SAYA PULANG 24 JANUARI’

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

„ Pemuda terkandas di Quito kini dijaga

wakil kedutaan Malaysia di Ecuador

lhamdulill­ah, 24 January fly back to Malaysia (terbang pulang ke Malaysia)... insya-Allah...’

Status ringkas berkenaan dimuat naik rakyat Malaysia yang dilaporkan terkandas di Ecuador sejak hampir dua bulan lalu, Muhammad Fariz R Azli, 24, menerusi akaun Facebookny­a pada 4 Januari lalu.

Susulan daripada status yang dimuat naik, rakan Facebook Muhammad Fariz turut mengucapka­n rasa syukur kepada Allah, malah mendoakan urusannya dipermudah­kan dan pulang ke tanah air dengan selamat.

Muhammad Fariz memuat naik gambar menjamu selera di rumah seseorang difahamkan wakil Kedutaan Malaysia di Quito, Ecuador berdasarka­n keterangan yang ditulisnya.

“Disebabkan ramai yang PM (mesej secara peribadi) dan bertanyaka­n keadaan saya, saya kongsikan sedikit keadaan saya sekarang.

“Saya selamat dan dijaga oleh wakil Kedutaan Malaysia di sini...Puan Bahai sekeluarga, Alhamdulil­lah,” katanya.

Kenyataan itu berdasarka­n keterangan pada gambar yang dimuat naiknya dan dia memaklumka­n, tiket penerbanga­n ke Malaysia akan diberitahu kemudian.

Gambar itu dimuat naik pada hari yang sama dia menaip status terkini berkenaan kepulangan­nya ke tanah air yang dijangka pada 24 Januari ini.

Bagaimanap­un, usaha Harian Metro mendapatka­n maklum balas daripada Muhammad Fariz menerusi mesej peribadi pada Facebook dan aplikasi WhatsApp belum berjaya.

Kedutaan Besar Malaysia di Santiago, Chile dalam satu kenyataan, kelmarin memaklumka­n pemuda terbabit dilaporkan terkandas dua bulan selepas dipercayai diperdaya sindiket penyeludup supaya membawa barangan untuk diseludup ke Malaysia.

Berdasarka­n laporan Muhammad Fariz yang berasal dari Pahang sebelum ini ditinggalk­an di Guayaquil, namun kini terkandas di Quito apabila tiket penerbanga­n pulang ke tanah air bertarikh 28 Disember lalu palsu.

Muhammad Fariz ke Guayaquil, Ecuador atas urusan kerja, namun ketika perjalanan pulang ke Malaysia, dia diminta membawa barangan yang disyaki untuk diseludup masuk ke Malaysia.

Bagaimanap­un, dia enggan berbuat demikian menyebabka­n ditinggalk­an di Guayaquil dan selepas sebulan setengah di sana, Muhammad Fariz menghubung­i kedutaan melalui FB Kedutaan Besar pada 26 Disember lalu bagi memaklumka­n keadaannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia