Harian Metro

LELONG BARANG TAMPUNG RUGI

„ 10 peniaga tawar potongan harga hingga 70 peratus

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Akibat kedai dinaiki air separas 0.5 meter, lebih 10 peniaga di pekan ini membuat lelongan barang jualan mereka dengan menawarkan potongan harga antara 50 hingga 70 peratus.

Pelbagai barangan dilelong termasuk pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak, selipar dan barangan dapur yang dijual serendah RM1 hingga RM30 bermula kelmarin.

Tinjauan Harian Metro mendapati orang ramai mula memasuki pekan Rantau Panjang dan tidak melepaskan peluang membeli barangan dilelong.

Pemilik Suraya Textile, Suraya Mustapa, 40, berkata, akibat banjir, sebahagian barangan dalam kedainya ditenggela­mi air menyebabka­n dia kerugian lebih RM10,000.

Katanya, lima hari lalu, air naik terlalu cepat dan memasuki kedainya separas paha menyebabka­n sebahagian pakaian dijual tidak sempat diletakkan di bahagian lebih tinggi.

“Saya tidak boleh tunggu di kedai kerana arus air terlalu deras di kawasan sekitar dan bimbang keselamata­n diri. Saya terpaksa meninggalk­an barangan di dalam kedai.

“Kami tutup kedai selama empat hari sebelum beroperasi hari ini (semalam) dan melihat sebahagian pakaian dijual rosak.

“Bagi mengelakka­n kerugian lebih banyak, saya mengambil keputusan melelong barang dengan harga serendah RM5 dan menjual pakaian berharga RM100 dengan harga RM30 sahaja,” katanya ketika ditemui, semalam.

Peniaga, Zariana Zahari, 32, yang turut kerugian lebih RM10,000 berkata, kedainya dinaiki air separas pinggang.

Katanya, hampir setiap tahun pekan itu dilanda banjir dan peniaga biasa dengan keadaan terbabit.

“Akibat dinaiki air, saya tidak dapat memasuki kawasan kedai sejak Isnin lalu dan hanya mula beroperasi kelmarin.

“Saya bersyukur kerana barangan dilelong mendapat sambutan daripada pembeli serta boleh menampung kerugian,” katanya.

 ?? FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR ?? ORANG ramai membeli pakaian di beberapa kedai kain yang membuat jualan lelong di pekan Rantau Panjang selepas kedai mereka dilanda banjir.
FOTO: NIK ABDULLAH NIK OMAR ORANG ramai membeli pakaian di beberapa kedai kain yang membuat jualan lelong di pekan Rantau Panjang selepas kedai mereka dilanda banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia