Harian Metro

Lelaki didakwa cuba noda, buat seks luar tabii SUAMI ISTERI SERAH DIRI

- Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my

Lebih seminggu diburu, pasangan suami isteri yang didakwa menipu 20 mangsa dengan skim pelaburan kereta di Pokok Sena, ditahan di pekan Jitra selepas menyerah diri, malam kelmarin.

Pasangan berusia 30 dan 33 tahun itu kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada jam 10.18 pagi semalam dengan berpakaian lokap untuk mendapatka­n perintah tahanan reman.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Alor Setar, Bariah Jalil kemudian mengeluark­an perintah tahanan reman selama empat Ampang: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga tuduhan iaitu melakukan seks luar tabii, cuba merogol dan melakukan rompak berkumpula­n terhadap seorang pembantu tadbir di tangga sebuah rumah kedai di Pandan Jaya, di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Mazlan Ibrahim, 31, yang bekerja sendiri bagaimanap­un mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan seks luar tabii terhadap wanita berusia 23 tahun dan cuba merogolnya. hari bermula semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, dua suspek itu ditahan selepas bersetuju menyerah diri di pekan Jitra, dekat sini, jam 9 malam kelmarin.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak tujuh laporan polis berhubung penipuan yang disyaki dilakukan kedua-dua suspek diterima

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpula­n terhadap mangsa sama membabitka­n barang berharga, termasuk telefon bimbit jenama Xiomi dan cincin emas yang membabitka­n kerugian RM560 pada kejadian jam 1.15 pagi, 31 Disember tahun lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Air Rene tidak menawarkan sebarang jaminan.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon membenarka­n jaminan.

Mahkamah tidak membenarka­n jaminan dan menetapkan 7 Februari ini sebagai sebutan semula kes.

Bantu siasatan kes 20 mangsa dakwa ditipu skim pelaburan jual beli kenderaan

pihaknya membabitka­n kerugian RM25,000.

“Suspek direman bermula hari ini (semalam) sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Harian Metro Isnin lalu melaporkan, seramai 20 mangsa mendakwa ditipu pasangan suami isteri terbabit sejak Disember lalu dengan menawarkan skim pelaburan membabitka­n jual beli kenderaan untuk mendapatka­n keuntungan yang membabitka­n jumlah keseluruha­n melebihi RM50,000.

 ??  ?? ANGGOTA polis membawa pasangan suami isteri ke mahkamah untuk mendapat perintah reman.
LAPORAN Harian Metro, 3 Januari lalu.
ANGGOTA polis membawa pasangan suami isteri ke mahkamah untuk mendapat perintah reman. LAPORAN Harian Metro, 3 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia