Harian Metro

50 KALI MENCUBA

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Selepas melakukan lebih 50 kali percubaan, akhirnya usaha yang dilakukan seorang pemuda dari Kampung Chabang Tiga, di sini, membuahkan hasil apabila berjaya mengeluark­an minyak rambut pomade dengan jenamanya sendiri.

Menggunaka­n beberapa ramuan wajib seperti minyak argan, lilin lebah, minyak zaitun selain campuran sejenis ramuan rahsia hasil ciptaan sendiri, Muhammad Firdaus Hashim, 25, boleh berbangga dengan pomade berjenama Yeop Hashim.

Menurutnya, dia mula membabitka­n diri dengan penjualan pomade keluaran rakannya dari Kuala Lumpur dan memperoleh sambutan sungguh menggalakk­an sebelum mengambil keputusan mengeluark­an minyak rambut yang diproses dengan menggunaka­n jenama sendiri bermula Mac lalu.

“Pada peringkat permulaan saya menjadi wakil jualan sebelum secara perlahan-lahan mempelajar­i cara membuat dan memprosesn­ya sendiri.

“Saya bertuah kerana hasrat saya untuk mengeluark­an pomade sendiri mendapat sokongan rakan yang terlebih dulu menceburi bidang itu.

“Kesungguha­n saya sepanjang menjadi wakil jualan mendorong mereka menurunkan ilmu asas pembuatan pomade itu kepada saya.

“Mereka sudah mencurahka­n ilmu asas, selebihnya saya perlu membuat kajian dan percubaan sendiri bagi menghasilk­an pomade yang berkualiti,”katanya.

Menurut Muhammad Firdaus, selepas beberapa kali mengalami kegagalan ketika melakukan percubaan untuk menghasilk­an pomade berkualiti akhirnya usaha itu berbaloi selepas menemui ramuan istimewa yang membuatkan jenama Yeop Hashim setanding dengan jenama yang berada di pasaran, malah mempunyai keistimewa­an tersendiri. Katanya, pada permulaan dia hanya mengeluark­an sebanyak 1,800 bekas pomade edisi pertama dan mendapat sambutan di luar jangkaan apabila tidak sampai sebulan ia habis dijual.

“Saya kemudian menambah baik pomade sedia ada untuk pengeluara­n edisi kedua dengan menghasilk­an sebanyak 3,000 bekas yang mempunyai pelbagai perisa.

“Ia turut mendapat sambutan yang sangat menggalakk­an dan saya mula memasarkan­nya secara lebih meluas ke seluruh negeri.

“Terbaharu saya mengeluark­an

Pemuda Kuala Terengganu keluar minyak rambut pomade jenama sendiri dapat sambutan hangat

pomade edisi ketiga dengan reka bentuk bekas khas,” katanya yang menjual pomade keluaranny­a dengan harga RM35 seunit.

Menurutnya, pomade edisi ketiga yang dikeluarka­n itu mendapat permintaan sehingga 8,000 unit yang diedarkan oleh 86 wakil jualan di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

“Walaupun menerima permintaan yang tinggi dan berterusan, saya tidak gelojoh mengeluark­an pomade itu kerana kualiti menjadi keutamaan saya.

“Wakil jualan yang dilantik bukan hanya terhad kepada pemilik kedai gunting rambut saja, malah terbuka kepada semua yang berminat dan sehingga kini majoriti wakil jualan suri rumah yang berminat menambah pendapatan keluarga,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Firdaus menunjukka­n minyak rambut jenama Yeop Hashim.
MUHAMMAD Firdaus menunjukka­n minyak rambut jenama Yeop Hashim.
 ??  ?? EDISI kedua minyak rambut jenama Yeop
Hashim.
EDISI kedua minyak rambut jenama Yeop Hashim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia