Harian Metro

RM56,000 DISAMUN

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Seorang pengurus ladang kerugian RM56,000 selepas wang yang dikeluarka­n dari sebuah bank di pusat bandar disamun dua lelaki di Kampung Ladang Soon Lee, kelmarin.

Lebih menyedihka­n apabila wang berkenaan sepatutnya digunakan untuk membayar gaji pekerja ladang itu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi, mangsa berusia 66 tahun bersama seorang lelaki merangkap keraninya juga berusia 66 tahun baru sahaja mengeluark­an wang tunai berjumlah RM56,000 dari bank di pusat bandar.

Menurutnya, ketika memasuki jalan ladang kampung itu tiba-tiba sebuah kereta Proton Saga BLM merah dengan nombor pendaftara­n yang tidak dapat dikenal pasti menghalang laluan kenderaan mangsa.

“Dalam masa sama, sebuah lagi kenderaan berwarna gelap juga tidak dapat dipastikan jenis dan nombor pendaftara­n mengekori rapat pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu mangsa dari belakang dan menyebabka­n kenderaan mangsa tidak dapat bergerak.

“Sejurus kenderaan mangsa berhenti, dua suspek bertopeng yang bersenjata­kan kapak memecahkan cermin hadapan kiri dan kanan sebelum menarik kedua-dua mangsa keluar dari

„

kenderaann­ya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan kejadian itu cuba menyelamat­kan diri dengan lari meninggalk­an kenderaan bagi mendapatka­n bantuan dan sejurus kembali, dia mendapati wang diletakkan di dalam beg plastik di ruang pemandu, lesap dipercayai dilarikan kumpulan penjenayah terbabit.

Bagaimanap­un, mangsa terselamat tetapi keraninya cedera apabila terjatuh ke dalam parit ketika berlari menyelamat­kan diri.

Katanya, polis yang menerima laporan berhubung kejadian segera menjalanka­n siasatan dan mengadakan Op Tutup di semua jalan utama selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampira­n termasuk di Plaza Tol berdekatan bagi mengesan suspek.

Saksi atau orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil memberi kerjasama kepada polis.

 ??  ?? KENDERAAN mangsa
yang dirompak membabitka­n kerugian
RM56,000.
KENDERAAN mangsa yang dirompak membabitka­n kerugian RM56,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia