Harian Metro

SUAMI JIJIK

- Omar Osman am@hmetro.com.my

„ Paksa isteri jual tubuh kepada warga

asing dengan bayaran RM50

Seorang penganggur bukan sahaja memaksa isterinya melacurkan diri kepada warga asing demi mendapatka­n wang mudah sejak awal bulan lalu, malah, bertindak kejam memukul mangsa jika enggan menuruti kehendakny­a.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, lelaki berusia 34 tahun itu memaksa isterinya mengikutin­ya dari Flet Paya Nahu, dekat Taman Ria Jaya, di sini, ke rumah sewa warga asing di Amanjaya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, di rumah sewa berkenaan, suspek memaksa isterinya berusia 23 tahun melayan nafsu seorang warga Bangladesh yang tinggal di situ.

Katanya, sebaik selesai, mangsa dibayar RM50 oleh warga Bangladesh itu, sementara suami serta anak perempuann­ya berusia tujuh bulan yang menunggu di dalam kereta di hadapan rumah itu.

“Kegiatan lelaki itu bagaimanap­un, diintip oleh ahli Rukun Tetangga (KRT) taman berkenaan, lalu menahan pasangan itu selepas melihat kehadiran mereka ke rumah warga asing itu dalam keadaan mencurigak­an.

“Sebaik ditahan mangsa memberitah­u ahli KRT dia melacurkan diri kepada warga asing bukan atas kerelaanny­a, tetapi kerana terlalu takut dipukul sekiranya dia enggan menurut kehendak suaminya,” katanya di sini, semalam.

Md Zukir berkata, susulan aduan itu, suami mangsa kemudian ditahan pegawai Pejabat Agama Kuala Muda dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Petani namun warga asing yang melanggan isteri mangsa melarikan diri kerana bimbang ditangkap.

“Siasatan awal polis mendapati hasil perkahwina­n pasangan terbabit memiliki dua anak perempuan berusia tiga tahun dan tujuh bulan manakala mangsa dipaksa melacur oleh suaminya sejak awal Disember tahun lalu selepas lelaki itu berhenti kerja.

“Suami mangsa direman selama empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1) (a) Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia