Harian Metro

Burung RM2 juta diselamat

-

Kuala Lumpur: Sebanyak 3,262 pelbagai spesies burung dilindungi bernilai lebih RM2 juta berjaya diselamatk­an Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) daripada diseludup sejak Januari hingga 31 Oktober lalu.

Kejayaan rampasan itu membabitka­n 118 kes serbuan dan tangkapan di seluruh negara dalam usaha membantera­s kegiatan pemburu haram serta sindiket yang menyeludup masuk atau keluar burung tempatan.

Terbaru, sepasukan pegawai Wildlife Crime

Unit (WCU) PERHILITAN diketuai Pegawai Penguat Kuasa Celescoria­no Razond berjaya menumpaska­n sindiket penyeludup­an burung bayan dan serindit tempatan.

Ketua Pengarah PERHILITAN, Kadir Abd Hashim berkata, pihaknya melalui Ops Sabit bertindak menyerbu kediaman terletak di ladang kelapa sawit di Semenyih, di sini.

“Hasil serbuan itu, WCU menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludup­an burung dilindungi.

“Pemeriksaa­n di rumah itu menemui sangkar khas besar yang digunakan untuk menyimpan 40 ekor burung bayan dan lima ekor burung Serindit,” katanya.

Menurutnya, pihak PERHILITAN percaya semua burung itu ditangkap secara haram dan dibekalkan pemburu haram.

“Ada kemungkina­n semua burung itu mahu diseludup ke negara jiran berikutan permintaan tinggi serta harganya yang lebih mahal.

“Pihak PERHILITAN masih melakukan siasatan sumber semua burung dilindungi itu diperoleh lelaki terbabit,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan jika sabit kesalahan lelaki itu boleh didenda antara RM20,000 hingga

RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Setakat ini Perhilitan sudah melakukan 118 serbuan dan merampas 3,262 pelbagai spesies burung sejak Januari hingga 31 Oktober lalu.

“Operasi akan terus dipertingk­atkan bagi membantera­s sebarang kegiatan penangkapa­n dan penyeludup­an burung dilindungi.

“Pihak PERHILITAN menyedari pelbagai taktik digunakan sindiket untuk menjual dan memasarkan burung ini termasuk menggunaka­n media sosial. Namun kami mempunyai kaedah untuk membongkar kegiatan mereka itu,” katanya.

PERHILITAN sebelum ini turut berjaya mematahkan cubaan menyeludup 468 burung murai batu ke Batam, Indonesia melalui perairan Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, Johor.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam itu, dua warga tempatan dan dua warga Indonesia ditahan ketika memunggah puluhan bakul berisi burung murai ke dalam bot.

Suspek mengaku mendapatka­n bekalan burung itu dari Johor, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan beberapa negeri lain.

 ?? Kadir ?? 118 serbuan dibuat sejak Januari hingga 31 Oktober lalu
Kadir 118 serbuan dibuat sejak Januari hingga 31 Oktober lalu
 ??  ?? ANTARA burung yang diselamatk­an PERHILITAN.
ANTARA burung yang diselamatk­an PERHILITAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia