Harian Metro

AMBIL HATI SI KECIL

Guna pendekatan lembut, seronok dalam mendidik mereka

-

Kita berada pada awal 2017. Apa tekad kita bersama keluarga dengan al-Quran? Ia mestilah merangkumi bacaan, tadabbur dan hafaz.

Sekiranya kita tadabbur satu ayat sehari, bermakna penghujung 2017 kita sudah ada 360 ayat yang kita fahami dengan jelas makna dan tafsirnya. Jika kita baca satu juzuk sehari bermakna kita boleh khatam setiap 30 hari. Seronok bukan?

Di sini ada tip bagi ibu bapa mengajar al-Quran kepada anak dengan hati senang.

Akrabkan hubungan Anak sering mendengar ungkapan: “Tak baca al-Quran, dosa! Allah tak sayang. Rugi!”

Sekilas, ungkapan ini tidak salah. Namun, kerana latarnya suasana negatif, kesan anak terhadap al-Quran pun menjadi negatif. Seimbangka­nlah!

“Adik suka baca al-Quran, kan? Mesti Allah sayang. Bila Allah sayang, nanti Allah bagi syurga. Dalam syurga boleh makan aiskrim banyak-banyak tanpa sakit gigi.”

Apabila ada perbualan positif setiap hari, hubungan dengan anak menjadi lebih asyik. Apabila anak mencintai kita, maka mereka pun akan mencintai apa yang kita cintai. Tunjukkan kepada mereka betapa kita mencintai al-Quran. Tunjuk, bukan beritahu!

Jangan paksa Jangan paksa, tapi raihlah hati anak dengan kreatif. Banyakkan senyuman dan kata-kata positif. Awasi sikap cepat naik darah.

Semua anak suka belajar. Itu adalah fitrah semula jadi manusia. Cara keras yang digunakan seperti mengarah dengan tegas, membentak dan mencubit serta kurikulum ketat membuatkan anak stres belajar.

Ia mungkin memberikan kepatuhan cepat, tapi membenihka­n kesan jangka panjang yang bahaya. Anak akan menganggap pembelajar­an itu satu sumber stres dalam hidupnya. Anak juga akan hilang keakraban.

Kekacauan yang terjadi pada diri dan keperibadi­annya selepas itu sangat sukar untuk disembuhka­n. Inilah yang membuahkan realiti walaupun dia menghafaz al-Quran, tidak memberi manfaat kepada akhlaknya.

Lain usia, lain kaedah dan lain anak, lain kreativiti­nya

Usia tiga hingga lima tahun, usia yang sangat mudah tertanamny­a fanatik dalam diri manusia. Tanamlah dengan nilai al-Quran.

Penyedaran terhadap tujuan belajar al-Quran kerana Allah perlu diulang-ulang. Dia Maha bijak apabila menjadikan kita berbeza kemampuan.

Maka, pendidik tidak boleh membanding­kan seorang anak dengan yang lain dalam nada merendah-rendahkann­ya. Perlakukan­lah anak sesuai dengan kadar kemampuann­ya.

Anak sangat menyenangi kaedah variasi seperti pemberian hadiah, belajar kisah dalam al-Quran sambil menyanyi, berjalan-jalan sambil mengulang hafazan serta menggunaka­n slogan yang dapat memprogram­kan identiti dirinya sebagai contoh ‘saya ulama kecil’.

Ajarilah si kecil dalam suasana bermain. Bermain adalah dunia si kecil.

Kata Imam al-Ghazali: “Hendaklah anak kecil diberi kesempatan bermain. Melarangny­a bermain dan menyibukka­nnya dengan terus belajar akan mematikan hati, mengurangi kecerdasan dan membuatnya jemu terhadap hidup. Sehingga dia sering mencari alasan untuk membebaska­n diri daripada keadaan resah.”

Lebih perhatian kepada kebaikan berbanding kesilapan

Katakan, anak kita suka berlari dan buat bising di depan tetamu. Apa selalunya reaksi kita? “Hei, diam! Jangan lari!” Ataupun:

“Lajunya anak abah lari. Suara pun sedap kalau mengaji ni. Ya Allah, jadikan anak saya rajin mengaji.”

Fokuslah pada kualitinya sambil mensyukuri Allah. Kurangkan menyebut kesilapann­ya. Lebih bahagia, bukan? Apabila anak buat silap, pujilah dulu mana yang baik. Fokus dan tekankan kebaikanny­a, kemudian barulah tegur dan terangkan perbuatan mana yang perlu ditambah baik.

Ketahuilah! Anak pada awal usia sangat dahaga perhatian ibu bapa.

Apabila mereka buat baik, kurang dipuji dan diperhatik­an. Apabila buat silap, terus dimarahi. Jadi, mereka teruja untuk buat silap lagi kerana perbuatan itu berjaya meraih perhatian ibu bapa. Si anak tidak kisah perhatian itu berbentuk positif atau negatif, asalkan perhatian.

Berdoalah selalu di hadapan anak agar menjadi pencinta al-Quran.

Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

 ??  ?? ANAK anugerah tidak ternilai buat ibu dan ayah.
ANAK anugerah tidak ternilai buat ibu dan ayah.
 ?? Bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin ??
Bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia