Harian Metro

Antara 7 ulama fiqah Madinah

-

Said bin al-Musayyab adalah seorang tabiin kanan dan termasuk tujuh ulama fiqah terkemuka di Madinah.

Dia dilahirkan pada masa Khalifah Umar al-Khattab RA. Dikatakan juga dia dilahirkan selepas empat tahun

Umar menjadi khalifah.

Dalam riwayat lain disebutkan dia dilahirkan dua tahun sebelum Umar meninggal dunia.

Ada dicatatkan bahawa Said juga pernah berkata mengenai perkara ini:

“Aku dilahirkan dua tahun selepas Umar memegang jawatan sebagai khalifah, sedangkan masa kekhalifah­annya adalah 10 tahun empat bulan.”

Untuk pengetahua­n, dalam catatan sejarah, Umar menjadi khalifah pada 634 Masihi dan meninggal dunia pada 644 Masihi.

Diceritaka­n, datuk kepada Said iaitu Hazn bin Abi Wahab pernah datang kepada Nabi SAW. Lalu Nabi bertanya: “Siapakah namamu?”

Dia menjawab: “Hazn (kesedihan).”

Maka, Nabi SAW bersabda: “Akan tetapi engkau adalah Sahl (kemudahan).”

Lalu, dia berkata: “Wahai Rasulullah! Itu adalah nama yang diberikan oleh orang tuaku dan aku telah dikenali orang ramai dengan nama itu.”

Maka, Nabi SAW pun diam.

Lalu, Said mengulas hal itu dengan mengatakan: “Dan kami pun tetap mengenal al-Hazunah dalam keluarga (yakni, kesulitan).”

Demikianla­h menurut riwayat berkenaan yang diriwayatk­an oleh Said sendiri mengenai datuknya, bahawa datuknya hidup sezaman dengan Rasulullah SAW.

Nasabnya berakhir dengan Bani Makhzum iaitu bahagian daripada kaum Quraisy. Jadi, Said adalah orang Quraisy

Bani Makhzum.

Said dianggap orang yang paling pandai antara ulama Madinah pada zamannya. Dia mengambil ilmunya itu daripada sahabat Rasulullah SAW, baik dalam kalangan Muhajirin mahupun Ansar.

Mengenai hal berkenaan, dia dilaporkan berkata: “Aku mengambil ilmuku ini daripada Zaid bin Tsabit.”

Dia juga mengambil ilmu daripada majlis sahabat yang kanan. Dia pernah menghadiri majlis Saad bin Abi Waqqas, Ibnu Abbas dan Abdullah bin Umar RA.

Malah, dia juga mengunjung­i rumah isteri-isteri Nabi SAW seperti Aisyah Ummul Mukminin, lalu mempelajar­i fiqah serta ilmu daripadany­a.

Sebabnya dia memandang petanda baik daripada sabda Rasulullah SAW, mafhumnya: “Ambillah agama kalian daripada Humaira ini (maksudnya adalah Aisyah).”

Dia juga mengambil ilmu daripada Ummu Salamah, isteri Nabi SAW.

Selain itu, dia meriwayatk­an daripada Utsman bin Affan, Ali, Shuhaib dan Muhammad bin Maslamah.

Daripada sekian ramai ulama ahli ra’yu dan ilmu, Said menjadi ahli fiqah Madinah yang pertama dan dia termasuk yang paling terkenal antara ahli fiqah yang tujuh di kota mulia itu. Malah, dia memberikan fatwa ketika sahabat Rasulullah SAW masih hidup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia