Harian Metro

MANIPULASI SITUASI

„ Siasat peniaga ambil kesempatan naikkan harga ikan, sayur berlipat ganda

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

LKIM perlu kawal harga ikan manakala KPDNKK perlu siasat dan mengambil tindakan tegas Mohd Yusof Abdul Rahman

Kenaikan mendadak harga ikan dan sayur terutama di Lembah Klang, dikhuatiri didalangi segelintir pihak yang mengambil kesempatan ketika negara sedang dilanda musim tengkujuh dan menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba penghujung bulan ini.

Ini kerana berdasarka­n pemantauan Harian Metro di beberapa negeri kelmarin, mendapati rata-rata peniaga mengaku tiada pilihan terpaksa menaikkan harga ikan dan sayur berikutan ketiadaan atau kesukaran mendapatka­n bekalan bahan mentah itu ketika ini.

Justeru, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak pihak berkaitan menyelesai­kan segera masalah kenaikan harga bahan mentah kerana ia menjejas dan membebanka­n pengguna terutama golongan berpendapa­tan rendah.

Mereka menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menyiasat dan mengawal kenaikan mendadak harga bahan mentah itu pada masa ini.

Timbalan Presiden FOMCA Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengambil kesempatan menaikkan harga sehingga membebanka­n pengguna.

“Memang kita tahu apabila musim tengkujuh, nelayan tak boleh ke laut dan sudah tentu bekalan tempatan terjejas. Ia membuatkan peniaga cenderung menaikkan harga kerana kekurangan bekalan. Tetapi, kita pertikaika­n harga dinaikkan terlalu tinggi dan membebanka­n pengguna.

“Jadi, LKIM perlu kawal harga ikan manakala KPDNKK perlu siasat dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengambil kesempatan terhadap situasi semasa dengan menaikkan harga ikan sehingga berkali ganda,” katanya mengulas pendedahan muka depan Harian Metro kelmarin berkaitan kenaikan melampau harga ikan dan sayur di beberapa lokasi dalam negara.

Katanya, LKIM perlu menyediaka­n alternatif termasuk membuat persiapan awal mengawal keadaan berikutan situasi seumpama ini bukan perkara baru dan kerap berlaku terutama pada musim tengkujuh.

“Selain mengawal kenaikan harga melampau, LKIM juga sepatutnya membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan seawal mungkin. Walaupun kurang segar, sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan tempatan.

“Pada masa sama, LKIM juga boleh mengimport bekalan sejuk beku dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang boleh memberi lebih pilihan kepada pengguna selain ikan sungai yang diternak,” katanya.

Sementara itu, Presiden CAP S M Mohamed Idris mengakui kenaikan harga bahan mentah seperti sayur itu bukan perkara luar biasa, tetapi trend terbabit sudah dijangka terutama ketika musim tengkujuh dan menjelang perayaan.

“Setiap kali tiba musim hujan dan perayaan seperti Tahun Baharu Cina, kita dapati banyak bahan mentah bukan saja sayur, tetapi ikan dijual dengan harga mahal manakala bekalan semakin berkuranga­n.

“Memang kita sudah jangkakan perkara ini kerana berkemungk­inan ada pihak mengambil kesempatan menyimpan stok bekalan dan menaikkan harga sesuka hati.

“Justeru, kita meminta pihak berkaitan seperti FAMA dan LKIM mengambil tindakan dengan mengawal pemasaran dan pengedaran bahan mentah di negara ini sebelum keadaan menjadi teruk dan membebanka­n pengguna,” katanya.

 ?? FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG ?? PENIAGA ikan sungai mengasingk­an ikan patin di pasar tani UTC Kuantan.
FOTO: FARIZUL HAFIZ AWANG PENIAGA ikan sungai mengasingk­an ikan patin di pasar tani UTC Kuantan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia