Harian Metro

DUA GUNUNG TIGA HARI

-

mpat orang. Tiga hari. Dua gunung. Hujan yang enggan reda. Kesejukan yang menggigit tulang hitam. Ini cerita percubaan menawan Gunung Agung dan Gunung Batur dalam tempoh 72 jam. Berjayakah misi ini?

26 Disember 2016, jam 12.01 tengah malam:

Kami sampai di kaki Gunung Agung di daerah Karangasem, Bali, Indonesia. Ketibaan di kompleks kuil atau pura terbesar di Bali, Besakih disambut hujan hujung bulan Disember. Lebih kurang jam 12.15 tengah malam, penulis bersama tiga rakan memulakan perjalanan yang dikemudi oleh malim gunung, Mas Jege dan seorang rakannya.

Turut menyertai kami, seorang wanita dari Australia dan seorang lelaki warga Singapura. Hujan berterusan disertai angin kencing yang berudara sejuk menyukarka­n pergerakan apatah lagi kami berbaju hujan dan berbeg galas. Lampu kepala yang menjadi teman setia menyuluh denai yang sempit. Muka bumi yang vertikal dan berbatu menyulitka­n setiap langkah yang tampak semakin berbahaya terutama setiap kali melewati gaung. Tanah basah dan pacat hanya menambahka­n kegetiran.

Jam 2 pagi:

Setelah dua jam berjalan, Mas Jege berhenti di Pos 1 pada ketinggian 1,723 meter untuk berehat seketika. Hujan masih membasahi Agung yang dianggap sebagai gunung suci oleh penduduk Hindu Bali. Hutan di sekeliling masih tebal. Mas Jege membayangk­an hujan mungkin akan berterusan sehingga Subuh. Jika angin kekal kencang bahaya untuk ke puncak, tambahnya. Kami kembali menapak. Kabus tebal menghalang­i pemandanga­n. Jika tiada malim, mungkin pendaki tersesat. Langit kelam. Kami menggigil dalam kesejukan. Setiap langkah diatur dengan berhatihat­i. Jalur pendakian bertambah licin dan curam.

Jam 3.15 pagi:

Kami tiba di Pos II pada ketinggian 2,200 meter dengan suhu sekitar 6 dar jah Celsius. Kekejangan otot jadi masalah besar apatah lagi dalam cuaca yang semakin bertambah sejuk. Hutan tebal mula diganti dengan belantara pokok pine. Tanah dipijak sudah mula berpasir dan berbatu besar menyebabka­n setiap pijakan menggelong­sor ditambah dengan air hujan yang mengalir deras. Angin tetap enggan mengalah. Penulis pernah mendengar cerita bagaimana tiga pendaki Agung dari Bandung terkorban akibat tercampak dalam gaung akibat dipukul angin kuat. Mohon perjalanan kami selamat kehendakny­a.

Jam 4.15 pagi:

Tiba di Pos III yang terletak pada ketinggian 2,622 meter. Ia pangkalan terakhir sebelum mendaki ke puncak Agung. Mas Jege menyajikan kopi panas dan roti krim sebagai alas perut untuk menambah tenaga. Pendaki dari Singapura mengalami kekejangan otot yang teruk sehingga menyebabka­n dia hampir membatalka­n pendakian. Kami membantu dia dengan membancuhk­annya ‘oral salt’ sambil berpesan agar tidak mengaku tewas. Wanita dari Australia tetap mantap meskipun ‘goyang’ akibat kesejukan.

Jam 5.45 pagi.

Selepas sejam setengah memanjat batubatu besar yang hampir vertikal dalam cuaca berhujan yang mulai renyai namun berangin lumayan serta melalui ‘permatang ajal’ hampir

800 meter, kami selamat sampai ke puncak Agung pada jam 5.45 pagi. Turut bersama kami wanita dari Australia. Penulis sujud syukur menzahirka­n tanda terima kasih pada Yang Maha Esa kerana memberi kesempatan menjejakka­n kaki di puncak Agung yang sememangny­a diakui

 ??  ??
 ??  ?? PEMANDANGA­N indah matahari terbit di ufuk timur dari puncak Agung.
PEMANDANGA­N indah matahari terbit di ufuk timur dari puncak Agung.
 ??  ?? BATUR memiliki antara kawah gunung berapi tercantik di dunia.
BATUR memiliki antara kawah gunung berapi tercantik di dunia.
 ??  ?? PENULIS bersama rakan-rakan keti
PENULIS bersama rakan-rakan keti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia