Harian Metro

DIDIK BAYAR ZAKAT

-

„ Ahli akademik USIM hasil permainan GZG

Sekumpulan pakar akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menghasilk­an inovasi permainan zakat dikenali Global Zakat Game (GZG) bagi memupuk kesedaran umat Islam untuk menunaikan zakat, Oktober tahun lalu.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM, Prof Madya Dr Azman Ab Rahman berkata, permainan itu dihasilkan bersama empat rakan sekerja iaitu Mohamad Zulhelmi Mohd Nazar, Tengku Mansur Tengku Zainal Abidin, Ahmad Anis Mohd Fauzi dan Jasmi Amin.

Katanya, GZG menyerupai permainan ‘Monopoly’ atau ‘Jutaria’ yang memerlukan empat pemain diberi deposit, balingan dadu, membeli aset dan menjawab pertanyaan mengenai zakat.

“Permainan papan berunsur zakat informatif sesuai dijadikan medium pembelajar­an. Ia dihasilkan bagi meningkatk­an kesedaran mengenai pembayaran zakat oleh umat Islam yang masih rendah,” katanya.

Menurut beliau, di Selangor, hanya 260,000 individu membayar zakat berbanding tiga juta penduduk Islam manakala di negeri ini, hanya 50,000 menunaikan­nya berbanding sasaran 100,000 individu, tahun lalu.

“Sehubungan itu, GZG direka bertujuan meningkatk­an kefahaman fiqh zakat serta kiraan termasuk zakat pertanian, ternakan, perniagaan, emas, perak dan harta karun,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya membelanja­kan RM10,000 sebagai kos penyelidik­an dan lain-lain untuk menghasilk­an GZG.

Ia dihasilkan dalam tiga versi iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

“Produk ini dipatenkan semula dan sesuai digunakan di sekolah serta universiti. Diharapkan ia dimanfaatk­an umat Islam dalam negara ini,” katanya.

Menurut beliau, produk hasil kumpulanny­a itu meraih Pingat Emas dalam Ekspo Inovasi Islam 2016, baru-baru ini.

“Kejayaan berganda diraih apabila GZG dinobatkan Produk Terbaik pada Ekspo Antarabang­sa Pematuhan Syariah, Idea, Ciptaan, Inovasi dan Pameran 2016 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor,” katanya.

 ??  ?? GLOBAL Zakat Game (GZG) dihasilkan sekumpulan pakar akademik USIM.
GLOBAL Zakat Game (GZG) dihasilkan sekumpulan pakar akademik USIM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia