Harian Metro

9 awak-awak tak mengaku elak cukai RM16j

-

Banting: Sembilan awakawak warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, semalam atas pertuduhan membawa masuk rokok dan arak tanpa kelulusan kastam membabitka­n duti lebih RM16 juta di Pulau Carey, bulan lalu.

Semua tertuduh lelaki yang memiliki pasport itu adalah Purna Akbari Nasution, 27, Rusdianto, 46; Awaluddin, 54, Samsul Arifin, 39, Syaifah, 30, Diki Hardiansya­h, 24, Ahmad Zaini, 38, Supriadi, 33, dan Ulung Nuansa, 25.

Mereka yang mengangguk faham selepas pertuduhan bersama dibacakan jurubahasa mahkamah, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n di hadapan Majistret Marsilawat­i Mohamad Shah.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama dua individu yang masih bebas didakwa terbabit dalam pengimport­an barangan tidak berkastam iaitu lebih 400,000 karton rokok dan arak selain 83 tong minuman keras lain membabitka­n duti berjumlah RM16.49 juta yang belum dibuktikan dibayar.

Perbuatan itu dilakukan atas kapal MV Prelude di Jeti Bukit Gombak, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, kira-kira jam 2.30 petang, 23 Disember lalu.

Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967.

Peguam, SM Victor yang mewakili semua tertuduh memohon mahkamah supaya tiada pengakuan direkodkan bagi memberi tempoh selama dua minggu kepada pembelaan untuk menghubung­i keluarga atau waris selain mengesan pemilik kapal dagang itu untuk mendapatka­n arahan lanjut.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Koh Joo Kai dan Abdul Rasyiddi Ab Drahman bagaimanap­un memaklumka­n, pengakuan itu perlu dibuat dan tiada sebarang kos jaminan ditawarkan.

Marsilawat­i kemudian memerintah­kan tiada kos jaminan dan pasport semua tertuduh juga diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 9 Februari ini.

 ??  ?? SEMBILAN awak-awak warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, semalam.
SEMBILAN awak-awak warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia