Harian Metro

CEMAS KAWAN LEMAS

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

“Ketika dalam perjalanan untuk memikat burung, saya melihat sekumpulan tiga remaja berada di tepi tali air seperti dalam keadaan cemas dan mencari sesuatu di dalam air.

“Seorang daripada remaja itu meminta bantuan saya terjun menyelamat­kan rakan mereka yang tenggelam. Disebabkan tidak pandai berenang, saya segera membuat panggilan kecemasan bagi mendapatka­n bantuan,” kata Abdul Wahab Zahid, 75.

Abdul Wahab antara saksi awal yang berada di lokasi kejadian seorang remaja lelaki dilaporkan lemas ketika mandi bersama tiga rakan di Pintu Air Parit Alor Simpang, Dennistown, di sini, jam 11 pagi, semalam.

Mayat R Arihaaran, 14, yang juga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, di sini, ditemui jam 2.40 petang pada jarak enam meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan tenggelam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) ditubuhkan menemui mayat mangsa di lokasi kejadian selepas lebih tiga jam dia dilaporkan hilang.

Katanya, anggota Skuad Skuba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar memulakan operasi pencarian jam 2.15 petang di sekitar kawasan tali air itu.

“Sekitar 15 minit operasi dijalankan, anggota berkenaan berjaya menemui mayat mangsa lemas di dasar tali air pada jarak enam meter dari lokasi penemuan basikal dan selipar mangsa.

“Keluarga mangsa yang membuat laporan kehilangan mangsa jam 1.45 tengah hari kemudian mengesahka­n identiti mayat ditemui sebelum dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua BBP Parit Buntar, Penolong Bomba Kanan II Shahrul Nizam Murad berkata, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan menemui beberapa barang dipercayai milik mangsa seperti basikal,

„ Remaja maut ketika mandi bersama tiga rakan

di pintu air

selipar, pakaian, beg duit serta beg sandang.

“Kami segera melancarka­n operasi pencarian ‘Water Surface Rescue’ bermula jam 12 tengah hari bagi menjejaki mangsa, namun keadaan arus air yang kuat menyukarka­n usaha pencarian.

“Berikutan itu, satu pasukan penyelam khas dikenali Skuad Skuba BBP Kuala Kangsar dipanggil bagi membantu misi pencarian mangsa dan menemukan mangsa pada jarak enam meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan tenggelam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? UNIT Skuba BBP Kuala Kangsar mencari mangsa yang lemas, semalam.
UNIT Skuba BBP Kuala Kangsar mencari mangsa yang lemas, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia