Harian Metro

TINGKAT METODOLOGI Majikan akur penguatkua­saan bayaran levi

-

“Jabatan Imigresen mengadakan pertemuan dengan persatuan majikan berkaitan bayaran levi pekerja asing yang dikuatkuas­akan 1 Januari lalu dan mereka mula menerima peraturan baru itu,” kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata, walaupun ada dalam kalangan mereka yang membantah sebelum ini, namun sudah mula memahami rasional penguatkua­saan berkenaan.

“Kami terus mengadakan pertemuan dengan majikan bagi memberikan penerangan berkaitan perkara itu.

“Dalam pertemuan itu, kami antara lain menjelaska­n rasional pembayaran levi itu dan ia dilaksanak­an untuk kebaikan termasuk memelihara kedaulatan negara ini,” katanya pada sidang media selepas Menandatan­gani Perjanjian Kerjasama Strategik jabatan itu dengan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden UIAM, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Pada 31 Disember lalu, Timbalan Perdana Menteri,

„ Perhebat penguatkua­saan terhadap bas

ekspres untuk kurangkan kemalangan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n majikan bertanggun­gjawab sepenuhnya membayar levi pekerja asing berkuat kuasa Ahad lalu di bawah Komitmen Mandatori Majikan (EMC).

Bagaimanap­un, persatuan majikan termasuk Persekutua­n Majikan-Majikan Malaysia (MEF) membantah keputusan itu dan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan.

Terdahulu, Mustafar menandatan­gani perjanjian berkenaan dengan UIAM yang diwakili Rektornya, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin dan Timbalanny­a, Prof Dr Abdel Aziz Berghout bertujuan bertukar kepakaran dalam penyelidik­an dan perkongsia­n ilmu selain menjalanka­n program latihan industri yang terbuka kepada pelajar serta kakitangan jabatan itu.

Kerjasama itu membuka peluang warga jabatan terbabit melanjutka­n pelajaran peringkat sijil, diploma dan ijazah secara separuh masa.

Dalam perkembang­an lain, Rais berharap pihak berkaitan pengeluara­n visa pelajar dan pensyarah antarabang­sa termasuk Perkhidmat­an Global Pendidikan Malaysia (EMGS) tidak melambat-lambatkan proses berkenaan.

Katanya, perkara itu menyulitka­n operasi universiti, seterusnya meminta jabatan terbabit mengatasi masalah itu.

 ??  ??
 ??  ?? MUSTAFAR (kanan) dan Zaleha menandatan­gani perjanjian.
MUSTAFAR (kanan) dan Zaleha menandatan­gani perjanjian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia