Harian Metro

GALAS TUGAS SUAMI

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Tidak pernah bekerja tetapi disebabkan insiden kemalangan yang menimpa suaminya mendorong wanita tabah ini berniaga pulut kuning bersama kari ayam di kaki lima di Taman Jasmin, Kajang, Selangor demi menyara keluarga.

Dia tidak pernah berasa penat walaupun kadangkala terpaksa berniaga selama lapan jam sehingga jam 12 tengah malam jika jualan lambat habis terjual.

Intan Fatihah Muda, 27, berkata, dia mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga dalam memastikan dirinya, suami dan tiga anak yang masih kecil mempunyai tempat berteduh.

“Selepas suami terbabit kemalangan akibat dirempuh kenderaan ketika berteduh daripada hujan di bawah sebuah jambatan di Cheras dua tahun lalu, dia tidak boleh bekerja.

“Suami mengalami kecederaan parah dengan kedua-dua kaki dan tangan kanan patah serta koma dua hari di Hospital Kajang,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, sehingga kini, suami belum pulih dan doktor menjangkak­an ia mengambil masa sehingga lapan tahun untuk pulih sepenuhnya.

“Sebelum ini, kami mengalami krisis kewangan yang teruk dan bergantung dengan bantuan keluarga untuk meneruskan kehidupan.

“Selepas setahun mengharapk­an simpati mereka (keluarga), saya memilih untuk berdikari dengan menjalanka­n perniagaan menjual pulut kuning bersama kari ayam secara kecil-kecilan,” katanya.

Ibu kepada anak berusia empat sehingga tujuh tahun itu berkata, kira-kira 25 bungkus pulut kuning yang dijual setiap hari dengan harga RM4 sebungkus dan hasil jualan berkenaan digunakan untuk menampung perbelanja­an keluarga termasuk rawatan susulan suami.

“Kadangkala wang itu tidak mencukupi kerana ada hari saya tidak dapat berniaga kerana menjaga anak sulung Mohd Bakri al-Zakir berusia tujuh tahun yang menghidap penyakit jantung berlubang.

“Sewa rumah RM300 juga sering tertunggak dan hampir tidak dapat menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an dua anak kerana ketiadaan wang.

“Namun bernasib baik apabila ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu menaja kelengkapa­n persekolah­an anak-anak dan mereka dapat memulakan sesi persekolah­an dengan gembira,” katanya yang turut menerima bantuan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Selangor, RM350 sebulan.

Bagi yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 1628 9801 0073 atas nama Intan Fatihah Muda.

Wanita jual pulut kuning selepas pasangan

tak bekerja dirempuh kenderaan

 ??  ?? INTAN Fatihah (dua dari kanan) bersama
pelanggann­ya di Taman Jasmin, Kajang.
INTAN Fatihah (dua dari kanan) bersama pelanggann­ya di Taman Jasmin, Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia