Harian Metro

PERTIMBANG­AN PERINGKAT AKHIR

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

„ Kapal Nautical Aliya bakal dijadikan kapal kemanusiaa­n misi Food Flotilla For Myanmar

Kapal penginapan pekerja pesisir pantai, Nautical Aliya kini dalam pertimbang­an peringkat akhir sebagai kapal kemanusiaa­n bagi misi Food Flotilla For Myanmar.

Dengan kapasiti 238 penumpang dan kelajuan 11.5 knot yang turut mempunyai tapak pendaratan helikopter dan kren menjadi antara pilihan untuk misi yang dijadual pada selewat-lewatnya pada 31 Januari ini.

Presiden Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kapal berkenaan kini berlabuh di Kemaman, Terengganu dan kapasitiny­a dilihat sesuai untuk misi itu nanti.

“Jika tiada halangan, kapal ini akan bersama dalam misi flotilla ke Myanmar untuk membantu etnik Rohingya,” katanya ketika meninjau dan memeriksa kapal berkenaan di Kemaman semalam.

Turut sama, Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pegawai Perhubunga­n Antarabang­sa Turkiye Diyanet Foundation (TDV) Taskin Bumin Ayranci.

Sementara itu, Mohd Azmi berkata, bantuan dijangka dapat diedarkan kepada lebih 30,000 pelarian Rohingya di Myanmar serta di kem pelarian Teknaf di Bangladesh.

“Di samping menghantar bantuan, peserta flotilla sedang disiapkan untuk melakukan pelbagai tugasan untuk memastikan kerja dilaksanak­an dengan sempurna seperti melakukan khidmat rawatan, mengedar bantuan, melihat keperluan wanita dan kanak-kanak, membantu mendirikan khemah dan tempat beribadah sementara.

“Hampir 80 peratus persiapan flotilla sudah dapat disempurna­kan setakat ini.

“Misi pelayaran flotilla ini dijangka mengambil masa 15 hingga 19 hari pergi dan balik dan akan merentas lautan Andaman dan Teluk Bengal,” katanya.

Mohd Azmi berkata, beberapa pilihan laluan sedang dipertimba­ngkan untuk flotilla ini berlayar dari Pelabuhan Klang sehingga Maungdaw.

“Berdasarka­n keadaan pelabuhan yang ada di Rakhine, Myanmar, kami sedang berunding dengan pihak berkuasa Malaysia, Myanmar dan Bangladesh untuk mendapat laluan yang selamat dan mudah untuk menyampaik­an bantuan itu,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Azeez (enam dari kiri) bersama Mohd Azmi (bertongkat) ketika berada di atas kapal Nautical Aliya.
ABDUL Azeez (enam dari kiri) bersama Mohd Azmi (bertongkat) ketika berada di atas kapal Nautical Aliya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia