Harian Metro

ELAK MASALAH

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

„ Orang ramai dinasihat siasat dahulu latar belakang

pemaju jika ingin membeli kediaman, hartanah

Kos membeli hartanah atau unit kediaman tidak seharusnya dilihat hanya pada harga yang ditawarkan, sebaliknya ia juga membabitka­n banyak aspek sampingan seperti kos guaman, bayaran cukai dan kos penilai hartanah.

Maka, proses mendapatka­n hartanah seharusnya diambil serius oleh bakal pembeli bagi mengelak masalah pada kemudian hari yang boleh mengakibat­kan kerugian wang ringgit.

Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhair­i Abd Sukor berkata, terdapat beberapa perkara perlu diambil kira sebelum membeli rumah daripada pemaju.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah melakukan sedikit kajian mengenai pemaju perumahan bagi memastikan syarikat berkenaan benar-benar wujud.

“Selidik dahulu latar belakang pemaju untuk mendapatka­n gambaran mengenai mereka. Pembeli digalakkan membuat carian syarikat untuk mengetahui maklumat penting berkaitan syarikat itu.

“Melalui carian syarikat, anda boleh mengetahui status syarikat sama ada ia berdaftar atau tidak, masih aktif atau tidak,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, maklumat berkenaan penting bagi mengetahui syarikat itu didaftarka­n untuk menjalanka­n perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak.

“Ini kerana terdapat syarikat yang menceburi bisnes hartanah, tetapi syarikat itu tidak didaftarka­n sebagai pemaju hartanah.

“Melalui carian syarikat juga, anda boleh mengetahui siapakah pemegang saham, ahli lembaga pengarah dan juga modal berbayar serta untung rugi syarikat. Ia dapat memberi gambaran awal mengenai sejauh mana kemampuan syarikat itu untuk memajukan sesuatu projek hartanah.

“Sebagai contoh, jika syarikat yang modal berbayarny­a hanya RM2 atau baru seminggu didaftarka­n, bagaimanak­ah anda boleh yakin ia mampu melaksanak­an projek perumahan membabitka­n 100 unit rumah,” katanya.

Selain itu, katanya, pembeli juga disarankan membuat semakan mengenai pengalaman dan rekod lampau pemaju terutama berkaitan projek yang pernah dibangunka­n bagi memastikan ia siap seperti dijanjikan.

“Caranya dengan menghubung­i Bahagian Pelesenan, Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mengetahui maklumat dan pengalaman syarikat itu.

“Melalui semakan itu, pembeli boleh mengetahui mengenai berapa banyak projek perumahan yang sudah dibina dan disiapkan dengan sempurna, berapa banyak projek yang lewat atau terbengkal­ai, adakah pemaju atau mana-mana ahli lembaga pengarahny­a pernah disabitkan dengan apa-apa pertuduhan atau kesalahan mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) dan adakah pemaju pernah disenarai hitam.

“Jika terdapat maklumat berkaitan projek terbengkal­ai dan bermasalah, maka anda dinasihatk­an untuk tidak mengambil risiko membeli hartanah daripada pemaju berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia