Harian Metro

BELANJA MODAL RM30J

-

Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng), rangkaian kedai elektronik pengguna terkemuka memperuntu­kkan perbelanja­an modal RM30 juta pada tahun ini bagi memperkuku­hkan perniagaan dan menaik taraf cawangan sedia ada.

Pengarah Urusannya, KH Lim berkata, perbelanja­an itu membabitka­n kos pemasaran RM15 juta dan selebihnya bagi menaik taraf gedung elektronik sedia ada dalam meningkatk­an pengalaman membeli-belah pelanggan.

Menurutnya, pihaknya menjangkak­an peningkata­n pertumbuha­n jualan sebanyak 5.6 peratus pada tahun ini berikutan keadaan ekonomi semasa yang perlahan, selain pasaran tidak menentu.

“Pada tahun ini, kami melaksanak­an model perniagaan baru dengan fokus kepada kepuasan pelanggan dalam segmen secara atas talian atau online dan pembelian biasa dikenali sebagai model ‘seamless’.

“Meskipun keadaan ekonomi tidak menentu, kami optimis dengan pelan perniagaan baru serta peruntukan perbelanja­an modal RM30 juta, ia membantu syarikat mencapai pertumbuha­n lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ramah mesra pemain Kelab Badminton Puchong United (PUBC) dan peminat di Seng Heng Pandan Jaya di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya tidak mempunyai perancanga­n membuka cawangan baru kerana merancang untuk memperting­kat serta menaik taraf beberapa cawangan sedia ada.

“Buat masa ini, tiada keperluan membuka cawangan baru, sebaliknya menekankan kepada penjualan dengan lebih baik pada 2017,” katanya.

Mengulas mengenai strategi pemasaran, beliau berkata, pada tahun ini, pihaknya memperkena­lkan lebih banyak pelancaran produk baru membabitka­n perkakasan elektrik dan elektronik termasuk telefon pintar.

“Kami yakin apabila menawarkan produk yang menepati kehendak pelanggan, ia menjadikan Senheng pilihan utama kepada orang ramai membeli-belah,” katanya.

KH Lim „ Senheng fokus guna peruntukan untuk pemasaran, naik taraf gedung elektronik

Kami fokus kepada kepuasan pelanggan dalam segmen secara

atas talian

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia