Harian Metro

LBS Bina sasar jualan RM1.5b

-

Kuala Lumpur: LBS Bina Group Berhad (LBS Bina), pemaju hartanah terkemuka tempatan menyasarka­n jualan RM1.5 bilion tahun ini, meningkat 20 peratus berbanding RM1.238 bilion pada tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a, Tan Sri Lim Hock San berkata, syarikat yakin mampu mencapai sasaran itu melalui pelancaran 12 projek pembanguna­n baru dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM2.349 bilion.

“Pembanguna­n baru itu membabitka­n pembinaan 5,543 unit kediaman dengan 4,284 unit adalah kediaman mampu milik berharga kurang RM500,000 di Lembah Klang seperti Bandar Saujana Putra, Puchong, Ijok dan Dengkil,” katanya selepas taklimat media LBS 2017 di sini, semalam.

Beliau berkata, pada tahun ini, LBS Bina memberi tumpuan kepada pembanguna­n rumah kediaman sebanyak 92 peratus manakala bakinya ditumpukan kepada pembanguna­n bukan kediaman.

Menurutnya, 2016 adalah tahun yang baik bagi syarikat apabila berjaya membina 1,971 unit kediaman dan bukan kediaman, sekali gus membantu mencatatka­n jualan RM1.238 bilion sehingga 31 Disember lalu, melebihi sasaran ditetapkan iaitu RM1.2 bilion.

Katanya, daripada jumlah itu, 1,366 unit terdiri daripada rumah yang berharga di bawah RM500,000 menyumbang sebanyak 70 peratus daripada jumlah jualan kumpulan dengan 87 peratus projek dilaksanak­an di Lembah Klang manakala selebihnya di Ipoh, Perak, Pahang dan Johor.

“Tahun ini, kami akan fokus kepada pembinaan lebih banyak rumah kediaman di Lembah Klang pada harga di bawah RM500,000 di samping turut menyediaka­n kediaman berharga RM500,000 ke atas,” katanya.

 ??  ?? LIM memberi taklimat pencapaian syarikat, semalam.
LIM memberi taklimat pencapaian syarikat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia