Harian Metro

MATI DIGIGIT SEMUT

- Agensi

„ Wanita dituduh mencuri maut selepas diikat pada pokok penuh

dengan serangga itu

Seorang wanita mati digigit semut api selepas diikat pada pokok dipenuhi serangga berbisa itu setelah dia dituduh cuba mencuri kereta.

Wanita berusia 52 tahun itu masih hidup ketika diselamatk­an polis, tetapi meninggal dunia di hospital akibat kesukaran bernafas disebabkan kerongkong­nya bengkak teruk kerana salur udaranya digigit semut api.

Mangsa pada mulanya cuba membantu anak lelakinya yang diikat pada pokok itu oleh orang ramai yang menuduh kedua-dua beranak terbabit cuba mencuri kereta di Caranavi.

Anak perempuan mangsa turut menerima nasib sama. Bagaimanap­un dua anaknya itu yang sempat diselamatk­an kini semakin beransur pulih.

Menurut laporan media tempatan, ketiga-tiga beranak itu turut dibelasah dan dibakar sebelum diikat pada pokok.

Kejadian mengerikan itu berlaku sehari sebelum Tahun Baru.

Stesen radio tempatan juga menyiarkan gambar dua daripada tiga beranak itu diikat pada pokok dengan mata mereka ditutup dengan kain.

Pihak berkuasa berkata, wanita itu dan dua anaknya masing-masing berusia 22 serta 28 tahun pergi Caranavi dari La Paz untuk menuntut wang yang dipinjamka­n mereka.

Ketua polis tempatan, Gunter Agudo berkata: “Kami berjaya menyelamat­kan ketiga-tiga mangsa tetapi wanita berusia 52 tahun itu terlalu parah dan terpaksa dibawa ke hospital.

“Malangnya, dia meninggal dunia pada jam 3.30 petang, sehari sebelum Tahun Baru.”

Hanya seorang suspek ditahan setakat ini kerana disyaki menghasut penduduk tempatan melakukan ‘hukuman’ itu. Dia ditangkap pada 1 Januari lalu dan sudah dihadapkan ke mahkamah.

Sementara itu, peguam keluarga mangsa, Roxana Bustillos berkata: “Kemungkina­n besar saluran udara mangsa digigit semut api menyebabka­nnya bengkak, seterusnya menghalang pernafasan.”

Seorang lelaki, Roberhtmar Aramayo yang mendakwa dirinya anak saudara wanita terbabit menyelar perbuatan itu dan mengutuk penduduk tempatan yang menyebabka­n kematian mangsa.

 ??  ?? DUA anak wanita berkenaan yang diikat pada pokok yang mempunyai sarang semut api. - DM
DUA anak wanita berkenaan yang diikat pada pokok yang mempunyai sarang semut api. - DM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia