Harian Metro

Ibu ‘mati’ 40 tahun lalu hidup semula

-

New Delhi: Dua beradik perempuan terkejut apabila ibu mereka berusia 82 tahun yang disangka meninggal dunia kerana dipatuk ular, 40 tahun lalu tiba-tiba muncul semula.

Pada 1976, ibu mereka, Vilasa yang ketika itu berusia 42 tahun dipatuk ular tedung hitam ketika memberi makan kepada haiwan ternakanny­a.

Keluargany­a segera mendapatka­n bantuan seorang dukun. Bagaimanap­un, Vilasa pengsan tetapi disangka mati menyebabka­n mereka membungkus ‘mayatnya’ dan meletakkan­nya di atas rakit sebelum dilepaskan di Sungai Ganges dengan harapan dia akan hidup kembali. Mengikut amalan penduduk tempatan, walaupun biasanya mayat dibakar, ada yang

percaya Sungai Ganges yang dianggap suci mampu membersihk­an racun daripada mangsa yang mati akibat patukan ular seterusnya menghidupk­annya semula.

Rakit membawa mayat Valisa ditemui sekumpulan nelayan.

Apabila menyedari wanita itu masih bernyawa, mereka membantu merawatnya.

Malangnya, apabila sihat, Vilasa hilang ingatan dan lupa namanya sendiri selain langsung tidak dapat meningati asal usulnya.

Disebabkan itu, Vilasa terus tinggal di sebuah kuil selama 40 tahun tetapi sekitar bulan lalu, ingatannya kembali pulih sedikit demi sedikit.

Dia menceritak­an kepada seorang gadis di kuil berkenaan mengenai kehidupan lampaunya.

Gadis itu kemudian menceritak­an kisah Vilasa kepada bapa saudaranya yang kebetulan mengenali orang kampung Vilasa, Chetram, 82, yang turut menghadiri upacara ‘pengebumia­n’ Vilasa 40 tahun lalu.

Anak sulung Vilasa, Ram Kumari berkata: “Chetram menghubung­i kami dan menceritak­an apa yang berlaku.”

Adiknya, Muni berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan penemuan ibu mereka.

“Mereka membawa ibu kami pulang dan memang kami amat terkejut, namun kami tahu itu memang dia berdasarka­n tanda lahirnya,” katanya. - Agensi

 ??  ?? VILASA
VILASA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia