Harian Metro

8 TERBUNUH

- Agensi

Pihak berkuasa Thai semalam memberi amaran mengenai kemungkina­n banjir kilat melanda seluruh wilayah selatan negara itu.

Dalam pada itu, lapan orang mati akibat bencana berkenaan berikutan hujan lebat yang turut menyebabka­n beberapa penerbanga­n ditunda, sekali gus menjejaska­n percutian ketika musim kedatangan pelancong memuncak di kawasan berkenaan.

Sembilan wilayah di selatan negara itu dilanda hujan luar musim sejak lebih seminggu lalu dengan pulau peranginan Samui dan Phangan dinaiki air hingga menyebabka­n ribuan pelancong terkandas atau terpaksa menangguhk­an percutian mereka.

Menurut kenyataan Kementeria­n Dalam Negeri, 120,000 keluarga terjejas apabila kebanyakan kawasan di wilayah selatan di naiki air hingga menyebabka­n jalan raya menjadi sungai dan landasan kereta api hanyut.

Dalam kenyataann­ya semalam, Jabatan Meteorolog­i memberi amaran kepada penduduk dan pelancong di wilayah berkenaan mengenai kemungkina­n ‘hujan lebat dan banjir’ yang dijangka berterusan untuk selama dua hari lagi.

Gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukka­n kereta dan motosikal tenggelam dalam air lumpur setinggi paras pinggang.

Perkhidmat­an kereta api juga terjejas teruk apabila ia tidak boleh melalui kawasan yang dinaiki air.

“Di beberapa kawasan, landasan dihanyutka­n

„ Banjir cetus kelam kabut di selatan Thai

air,” kata timbalan gabenor syarikat kereta api negara itu, Thanongsak Kongpraser­t.

Lapangan terbang utama di wilayah Nakhon Si Thammarat pula ditutup selepas landasan di naiki air, menjejaska­n sekurang-kurangnya 26 penerbanga­n.

 ??  ?? KENDERAAN dipandu meredah jalan raya yang dinaiki air di daerah Muang di wilayah Nakhon Si Thammarat, selatan Thai, semalam. - Reuters
KENDERAAN dipandu meredah jalan raya yang dinaiki air di daerah Muang di wilayah Nakhon Si Thammarat, selatan Thai, semalam. - Reuters
 ??  ?? SUKARELAWA­N menemui sebuah kereta yang terdampar selepas dihanyutka­n banjir di daerah Thung Song di wilayah Nakhon Si Thammarat. Nasib pemandunya tidak diketahui. - Bangkok Post
SUKARELAWA­N menemui sebuah kereta yang terdampar selepas dihanyutka­n banjir di daerah Thung Song di wilayah Nakhon Si Thammarat. Nasib pemandunya tidak diketahui. - Bangkok Post
 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n satu keluarga di daerah Sungai Golok, Narathiwat menaiki sampan untuk berpindah ke tempat selamat. - AFP
GAMBAR menunjukka­n satu keluarga di daerah Sungai Golok, Narathiwat menaiki sampan untuk berpindah ke tempat selamat. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia