Harian Metro

43 banduan ditangkap semula, lapan mati

-

Lebih 50 daripada 158 banduan yang melarikan diri dari penjara di selatan Filipina sudah ditangkap atau ditembak mati, kata pihak berkuasa semalam.

Dalam pada itu, usaha memburu saki-baki banduan itu masih diteruskan.

Daripada jumlah banduan yang melarikan diri selepas kumpulan militan bersenjata berat menyerbu penjara berkenaan di Kidapawan Rabu lalu, 43 berjaya ditangkap semula manakala lapan ditembak mati.

Jurucakap polis wilayah Cotabato, Maria Joyce Birrey berkata, dua lagi banduan dirawat di hospital kerana cedera.

Serangan waktu Subuh Rabu lalu itu melihat lebih 100 lelaki bersenjata menyerang penjara berkenaan.

Pemangku Wardar Penjara Daerah, Superinten­dan Peter John Bongngat Jr sebelum ini berkata, penyerang ialah anggota Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF), kumpulan serpihan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang menandatan­gani perjanjian damai dengan kerajaan.

Bagaimanap­un, kedua-dua kumpulan berkenaan menafikan terbabit.

Penjara itu menempatka­n 1,511 banduan, termasuk anggota kumpulan militan yang berdepan tuduhan bunuh. -AP

Manila: Presiden Rodrigo Duterte semalam berkata, dia berharap Moscow - seteru Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini sekutu utama Filipina - akan menjadi pelindung dan sekutu negara itu.

Duterte menyuaraka­n harapan itu ketika melawat satu daripada dua kapal perang Russia yang dalam lawatan empat hari ke Manila, sehari selepas duta Moscow menyuaraka­n kesediaan negaranya membekalka­n Filipina dengan senjata canggih dan mahu menjadi kawan baiknya.

“Kami mengalu-alukan rakan Russia kami. Bila-bila saja kamu mahu berlabuh di sini untuk apa saja tidak kiralah untuk mendapatka­n bekalan atau mungkin juga menjadi sekutu yang dapat melindungi kami,” kata Duterte ketika berjabat tangan dengan ketua Armada Pasifik Tentera Laut Russia, Laksamana Muda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia