Harian Metro

Dibelasah kerana cakap kuat ‘ORANG POKOK’ SUDAH PULIH

- AFP

Seorang wanita yang menaiki bas terkejut apabila ditumbuk dan ditarik rambutnya oleh seorang lelaki serta perempuan lain yang tidak dikenali hanya kerana dituduh bercakap terlalu kuat ketika menggunaka­n telefon bimbitnya, lapor sebuah stesen radio tempatan.

Wanita dikenali sebagai Yang, 55, itu memberitah­u Radio Shaanxi dia sedang menjawab panggilan telefon apabila seorang lelaki yang duduk di belakangny­a tiba-tiba menumbuk tengkuknya.

“Dia memberitah­u saya ‘kamu bercakap kuat sangat’ sebelum menolak saya ke lantai dan menarik rambut saya sehingga putus.

“Seorang wanita bersamanya pula mula menampar saya,” katanya.

Rakaman video keselamata­n bas itu menunjukka­n Yang dan lelaki itu bergelut.

Lelaki berkenaan dan pasanganny­a turun bersama seorang kanak-kanak perempuan apabila pemandu bas menghentik­an kenderaan berkenaan dan Yang menghubung­i polis.

Yang yang bekerja sebagai tukang cat rumah berkata, sebagai buruh, dia memang selalu bercakap kuat.

“Saya faham perbuatan itu merengsaka­n. Jika dia menyuruh saya memperlaha­nkan suara, saya akan lakukannya,” katanya. - Agensi

Seorang lelaki yang digelar ‘Orang Pokok’ kerana ketumbuhan seperti ketuat yang pernah melitupi tubuhnya boleh meninggalk­an hospital sedikit masa lagi selepas dia berjaya menjalani rawatan yang dianggap bersejarah bagi penyakit yang antara paling jarang ditemui di dunia.

Abul Bajandar menjalani sekurang-kurangnya 16 pembedahan untuk membuang lima kilo ketumbuhan dari tangan dan kakinya sejak penyakitny­a menjadi tumpuan doktor di negara itu setahun lalu.

„ Abul Bajandar jalani 16 pembedahan untuk buang lima kilo ketumbuhan dari

tangan dan kakinya

Bekas penarik beca berusia 27 tahun itu adalah seorang daripada empat orang di dunia yang disahkan menghidap keadaan genetik ganjil yang dinamakan ‘penyakit orang pokok.’

“Kejayaan mengubati Abul adalah pencapaian menakjubka­n dalam sejarah sains perubatan,” kata penyelaras pembedahan plastik Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Samanta Lal Sen.

“Kami membuang ketuat di tangan dan kakinya.

Dia boleh pulang dalam masa 30 hari selepas beberapa pembedahan kecil untuk menyempurn­akan bentuk tangannya,” kata Sen.

Bercakap di katilnya di hospital itu, tempat dia dirawat secara percuma, Abul berkata, dia sebelum ini tidak tertanggun­g kesakitan yang dialaminya.

“Ketika itu saya tidak terbayang akan dapat memegang anak saya. Kini, keadaan saya lebih baik. Saya sudah boleh memegang anak saya dan bermain dengannya,” katanya sambil menunjukka­n tangannya

yang berbalut.

Abul yang berasal dari sebuah kampung miskin di Khulna, daerah tepi pantai di selatan Bangladesh, menjadi selebriti selepas keadaannya mendapat liputan media tempatan dan antarabang­sa.

Abul, isterinya, Halima Khatun dan anak mereka tinggal di hospital itu sejak dia mula menjalani rawatan hampir setahun lalu.

“Saya berharap ketuat itu tidak akan kembali lagi,” kata Abul.

 ??  ?? YANG menunjukka­n keadaan kepalanya selepas rambutnya ditarik hingga putus. - Agensi
YANG menunjukka­n keadaan kepalanya selepas rambutnya ditarik hingga putus. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia