Harian Metro

BALIK KEPADA KUOTA ASAL

- SG

„ Arab Saudi ambil keputusan tarik balik

penguranga­n kuota jemaah haji

Arab Saudi mengambil keputusan menarik balik penguranga­n kuota jemaah haji yang dikuatkuas­akan lima tahun lalu.

Menurutnya, pihak berkuasa tertinggi negara itu meluluskan cadangan oleh timbalan dan menteri dalam negeri, Putera Muhammad Bin Naif yang juga pengerusi Jawatankua­sa Tertinggi Haji bagi mengembali­kan kuota yang dilaksanak­an sebelum penguranga­n itu dikuatkuas­akan.

Menteri Haji dan Umrah, Muhammad Bantan kelmarin mengucapka­n terima kasih kepada Raja Salman, Putera Mahkota Muhammad dan Timbalan Putera Mahkota Muhammad bin Salman kerana menarik balik penguranga­n kuota untuk jemaah tempatan dan juga luar negara.

Menurutnya, pihak berkuasa berkaitan sudah membuat persiapan untuk menerima jumlah jemaah tambahan bagi musim haji akan datang.

Bantan berkata demikian ketika menerima kunjungan perwakilan haji dari negara Arab dan Islam di pejabatnya di Jeddah.

Pihak berkuasa Saudi sebelum ini mengenakan penguranga­n kuota sebanyak 20 peratus terhadap jemaah asing dari setiap negara sementara jumlah penduduk tempatan yang melakukan ibadah itu dikurangka­n kepada 50 peratus bagi memastikan keselamata­n jemaah sewaktu kerja peluasan Masjidilha­ram, yang terbesar dalam sejarah, dilaksanak­an.

Sehubungan itu, Putera Mahkota Muhammad meminta semua jabatan berkaitan bersiap sedia menerima jumlah jemaah yang lebih ramai untuk musim haji akan datang.

Dia mengarahka­n misi haji diberi peluang meningkatk­an jumlah jemaah bagi mengembali­kan kuota asal secara teratur.

Menurutnya, jumlah sebenar jemaah bagi setiap negara akan diputuskan oleh Kementeria­n Haji dan Umrah.

Berdasarka­n sistem kuota yang dilaksanak­an sebelum ini, setiap negara dibenarkan menghantar seorang jemaah haji bagi setiap 1,000 pendudukny­a yang beragama Islam.

 ??  ?? GAMBAR di Masjidilha­ram.
- Brunei Islam
GAMBAR di Masjidilha­ram. - Brunei Islam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia