Harian Metro

TETAP POSITIF

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ SRAM yakin barisan pemain

skuasy mampu dominasi pingat emas Sukan SEA 2017

Berdasarka­n pencapaian atlet skuasy negara, Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) yakin barisan pemain mampu menyapu bersih tujuh pingat emas yang ditawarkan pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Biarpun masih terkejut dengan pengumuman persaraan atlet senior Delia Arnold, namun Pengarah Kejurulati­han SRAM Mejar (B) S Maniam berkata, negara masih mempunyai ramai barisan pelapis yang berbakat untuk diketengah­kan.

Justeru, beliau amat yakin, pemain akan dapat menyapu bersih kesemua tujuh pingat emas yang dipertandi­ngkan pada temasya dwi tahunan itu nanti.

“Ketika ini skuad skuasy negara sedang menjalani persiapan rapi sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan SEA.

“Kita akan mengambil bahagian dalam kesemua acara dan biarpun sasaran menyapu bersih itu adalah tinggi dan sukar untuk dicapai tapi saya yakin pemain mampu melakukann­ya,” katanya.

Biar apapun kesukaran, tegas Maniam pemain akan berusaha untuk mencapai sasaran itu dan mereka semua kini sedang berusaha keras.

Antara pemain yang bakal menyarung jersi negara terdiri daripada S Sivasangar­i, Rachel Arnold, Andria Lee, Zoey Foo selain daripada juara remaja dunia Ng Eain Yow, Sanjay Singh Chal dan beberapa lagi pemain yang berada dalam senarai.

Dua tahun lalu ketika di Sukan SEA Singapura, barisan pemain negara menguasai empat dari lima acara yang dipertandi­ngkan.

Emas negara diraih dalam acara perseorang­an lelaki dan wanita, berpasukan lelaki dan wanita manakala dua perak dalam acara perseorang­an lelaki dan wanita.

Manakala Singapura mencuri satu emas menerusi acara beregu lelaki.

 ??  ?? MANIAM (kiri) bersama Delia di Pejabat SRAM, Bukit Jalil.
MANIAM (kiri) bersama Delia di Pejabat SRAM, Bukit Jalil.
 ??  ??
 ??  ?? RACHEL (kanan) antara pemain yang akan beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
RACHEL (kanan) antara pemain yang akan beraksi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia