Harian Metro

SELESA PROFESIONA­L

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Wei Feng tidak bercadang kembali ke pangkuan BAM

Pemain badminton negara, Chong Wei Feng menegaskan dia lebih selesa bergerak secara profesiona­l dan tidak menimbang untuk kembali bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Biarpun mengaku terdapatny­a kekurangan dari segi rakan sepelatiha­n, namun itu bukan alasan untuknya berpatah balik ke pangkuan BAM.

Dia yang memutuskan untuk keluar daripada BAM pada Mei tahun lalu berkata, bergelar pemain profesiona­l membuatkan dia lebih santai dan selesa.

Bagaimanap­un banyak aspek yang perlu dilakukan sendiri selepas memutuskan untuk bergelar pemain profesiona­l.

“Biarpun banyak kekurangan jika dibandingk­an dengan BAM tapi saya gembira dengan status saya ini. Saya tidak menimbang untuk kembali bersama BAM semula walaupun kelab tidak mempunyai dana yang banyak bagi mengambil ramai pemain untuk dijadikan sebagai rakan pelatih.

“Jadi pertanding­an seperti Purple League adalah landasan terbaik untuk meningkatk­an

(gambar)

tahap permainan,” katanya.

Ketika diajukan soalan sama ada Wei Feng akan mempertaha­nkan emas yang dimenangin­ya di Sukan SEA Singapura, dia yang ditemui pada sidang media penajaan Senheng Electric kepada Puchong United Badminton Kelab (PUBC) bagi menempuh saingan Purple League 2017 berkata, semua itu terpulang kepada BAM.

“Jika BAM menjemput untuk sesi pemilihan ke Sukan SEA saya akan mencuba nasib. Tapi kemungkina­n besar mereka akan memberi keutamaan kepada barisan pemain di bawah BAM.

“Saya pula tidak menaruh harapan yang tinggi untuk beraksi di Sukan SEA, jika tidak terpilih pun tidak mengapa,” katanya.

 ?? Chong Wei Feng ?? Biarpun banyak kekurangan jika dibandingk­an dengan BAM tapi saya gembira dengan status saya ini. Saya tidak menimbang untuk kembali bersama BAM semula walaupun kelab tidak mempunyai dana yang banyak bagi mengambil ramai pemain”
Chong Wei Feng Biarpun banyak kekurangan jika dibandingk­an dengan BAM tapi saya gembira dengan status saya ini. Saya tidak menimbang untuk kembali bersama BAM semula walaupun kelab tidak mempunyai dana yang banyak bagi mengambil ramai pemain”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia