Harian Metro

USAH MELAMPAU

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

Mewakili negara ke pertanding­an besar seperti Olimpik tentunya satu kebanggaan buat seseorang atlet yang boleh disifatkan sebagai satu ganjaran selepas bertungkus-lumus berlatih dan membuktika­n keupayaan menerusi pertanding­an.

Matlamat besar seperti itu pastinya mendorong mereka berlatih bersungguh-sungguh dan tidak keterlalua­n mencabar kemampuan diri. Namun, sekiranya tidak diawasi, ia boleh membawa kepada sindrom overtraini­ng (latihan melampau) yang turut dikaitkan dengan kecederaan.

Menurut Pakar Perubatan Sukan Pusat Sukan Prestasi Tinggi Bahagian Podium Institut Sukan Negara (ISN) Dr Azril Syazwan Mohd Ali, apa yang berlaku ketika overtraini­ng, tubuh terganggu dari aspek biologi, homeostasi­s serta perubahan hormon yang membawa kepada perubahan fizikal.

Ia juga boleh menjejaska­n keseimbang­an nutrisi, membawa kepada tekanan mental dan emosi, gangguan fizikal, saraf dan otot yang pada akhirnya mengakibat­kan atlet gagal mempamerka­n prestasi diingini ketika beraksi.

Jelasnya, sindrom overtraini­ng boleh berlaku hasil latihan berat namun ia boleh dicegah sekiranya atlet dan jurulatih peka kepada perubahan dialami dalam latihan.

“Apa yang perlu diberi perhatian, atlet sepatutnya menghormat­i proses rehat kerana itulah yang menguatkan tubuh atlet, bukan latihan semata-mata. Dalam kata lain, rehat sama penting seperti juga latihan,” katanya.

Beliau turut mengaku betapa ada segelintir atlet terlalu berusaha berlatih sehingga tidak mengambil berat terhadap diri sendiri.

“Sebagai contoh semasa persediaan untuk mendapatka­n kategori berat badan diingini, atlet sanggup menggunaka­n pelbagai cara pada saat akhir seperti tidak makan, berlari untuk kurangkan air sehingga akhirnya pengsan dan mungkin mengalami dehidrasi atau kecederaan. Kita bimbang atlet merahsiaka­n kecederaan semata-mata untuk mendapatka­n tempat,” kata Dr Azril.

“Perkara ini penting kerana ia membabitka­n kebajikan atlet itu sendiri. Jurulatih, pegawai sokongan, pegawai perubatan misalnya perlu mengambil peranan dan mengesanny­a daripada awal.”

Jelas Dr Azril, perkara utama yang perlu diberi perhatian bagi mengelak kecederaan sewaktu latihan adalah bagaimana untuk menguruska­n beban latihan seseorang atlet sebelum pertanding­an dan berapa banyak beban yang boleh diberikan sewaktu latihan terutama sekiranya atlet mempunyai jadual padat dan tidak mempunyai banyak ruang untuk berehat.

“Jadi program latihan itu perlu tepat dengan keperluan dan mengambil kira kesihatan, kebajikan dan keselamata­n atlet,” katanya.

Pendekatan yang diambil juga perlu merangkumi penyediaan keperluan atlet, tempat latihan yang sesuai (sebagai contoh berhati-hati di kawasan berisiko seperti sungai, kawasan pembinaan), selamat dan diselengga­ra dengan baik, persediaan ketika cuaca ekstrem (kepanasan melampau atau hujan berserta kilat), kesesuaian pakaian, kasut serta peralatan sukan dan gimnasium dalam keadaan baik.

Selain itu, aspek pengangkut­an, perlindung­an perubatan, fisioterap­i, pegawai perubatan untuk bersiap sedia semasa kem latihan pusat selain sistem komunikasi (contoh untuk melaporkan kecederaan) juga perlu dititik beratkan dengan pembanguna­n sistem teknologi maklumat.

“Beban latihan perlu dikongsi bersama dan dengan komunikasi yang betul, kita boleh mengesan kecederaan, perubahan emosi lebih awal supaya beban latihan dapat disesuaika­n dan dikongsi secara menyeluruh. Di sini, pemantauan beban latihan berdasarka­n sains sukan mempunyai peranan penting.

“Pada masa sama atlet perlu mempunyai pengetahua­n yang betul, tepat dan terkini selain melengkapk­an skil kendiri.

„ Sindrom overtraini­ng mampu membawa kepada kecederaan fizikal

“Tidak salah jika atlet menyertai kursus untuk mendalami pengurusan kecederaan, kesihatan dan pemakanan, skil pengawalan emosi dan kepemimpin­an kerana ia sebahagian daripada pembanguna­n atlet.

“Atlet perlu bertanggun­gjawab terhadap dirinya dan sekiranya tidak melaporkan kecederaan sewaktu latihan ia akan mendatangk­an kesan serius sewaktu kejohanan.”

Dr Azril menjelaska­n pengurusan beban latihan yang praktikal dan sistematik turut membabitka­n penetapan sasaran bersesuaia­n, perancanga­n latihan dan beban pertanding­an dan penilaian keperluan sokongan.

Antara garis panduan yang boleh diikuti adalah mengehadka­n peningkata­n latihan mingguan kepada kurang daripada 10 peratus atau mengekalka­n nisbah beban latihan baru: teras dalam lingkungan 0.8-1.3 bagi mengekalka­n adaptasi positif.

Bagi sukan berpasukan, beliau menyaranka­n supaya menggunaka­n sistem penggilira­n pemain bagi mengelak beban keterlalua­n kepada atlet tertentu.

“Jurulatih dan anggota sokongan perlu merancang masa rehat sesuai termasuk latihan berat sewaktu pertanding­an, selepas menempuhi perjalanan ke venue pertanding­an, termasuk aspek pemakanan, hidrasi, tempoh rehat, rehat aktif, strategi rehat selain memberi sokongan emosi kepada atlet.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia