Harian Metro

Atlet Kulim, Bandar Baharu dirai

- Azahar Hashim sukan@hmetro.com.my

Kulim: Lebih 100 atlet dan pegawai kontingen Daerah Kulim dan Bandar Baharu diraikan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir selepas mempamer prestasi memberangs­angkan pada kejohanan Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) 2016, baru-baru ini.

Pada majlis jamuan itu juga, 52 atlet menerima imbuhan mengikut pingat yang dikutip iaitu pemenang pingat emas menerima RM200, perak (RM100) dan gangsa (RM50).

Pada temasya edisi keenam itu, kontinjen Kulim menduduki tempat keempat selepas mengumpul enam pingat emas, 12 perak dan tiga gangsa manakala Bandar Baharu di tangga ke-11 dengan dua emas, tiga perak dan dua gangsa.

SUKDA 2016 mempertand­ingkan lapan acara sukan iaitu bola sepak, silat, petanque, sepak takraw, tenpin bowling, memanah, ragbi dan olahraga. Kontingen Daerah Kulim memenangi pingat emas dalam olahraga iaitu 100 meter wanita, 200 meter wanita, lontar peluru lelaki dan silat manakala Bandar Baharu mengutip pingat emas dalam acara pencak silat.

Abdul Aziz berkata, majlis berkenaan dibuat untuk memberi penghargaa­n kepada kedua-dua kontingen terbabit yang berusaha mengharumk­an nama daerah masing-masing.

Katanya, selain itu imbuhan diberi sebagai satu galakan kepada atlet supaya meneruskan kecemerlan­gan acara sukan yang disertai bukan saja di SUKDA, malah untuk kejohanan peringkat kebangsaan seperti Sukan Malaysia (SUKMA).

“Kemungkina­n ada atlet dari Kulim dan Bandar Baharu yang muncul sebagai pemenang pingat emas untuk Kedah.

“Alhamdulil­lah program hari ini (kelmarin) adalah satu penghargaa­n kepada golongan muda yang berbakat dalam sukan,” katanya kepada media

Turut hadir, Pegawai Daerah Kulim Mohamad Che Nai dan Pegawai Daerah Bandar Baharu Fauzi Mustaffa.

 ??  ?? ABDUL AZIZ (baju putih tengah) bergambar bersama kontingen pasukan pencak silat Kulim/Bandar Baharu.
ABDUL AZIZ (baju putih tengah) bergambar bersama kontingen pasukan pencak silat Kulim/Bandar Baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia