Harian Metro

Program sukan SportsUnit­e dapat sokongan, perkasa perpaduan kaum

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sejak ditubuhkan pada 2007, Kelab Sukan SportsUnit­e banyak menganjurk­an program sukan peringkat akar umbi berkonsepk­an perpaduan melalui sukan.

Bersandark­an matlamat utama iaitu memperkasa­kan perpaduan kaum, kelab terbabit mewajibkan setiap program anjuran mereka disertai semua kaum.

Setiap program menerima sokongan padu penaja dan badan-badan sukan yang berkongsi visi sama dengan Kelab Sukan SportsUnit­e. Antara penaja yang menyokong setiap acara adalah Milo, Nestle, Revive, Gatorade, Figos, Molten, Majlis Sukan Negara (MSN), Antabax, Westports Malaysia, Pusat Sukan NPNG, MVP Marketing, Sunway Mega Lanes, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga ikon sukan negara serta media.

Menariknya setiap acara atau program anjuran Kelab Sukan SportsUnit­e tidak mengenakan yuran penyertaan. Majoriti pasukan yang menyertai program anjuran mereka akur dan gembira dengan syarat utama iaitu mesti ada pembabitan dua kaum berbeza.

Semua aktiviti anjuran mereka turut dipromosik­an dan dimuat naik melalui www.facebook.com/sports unite. Bagi meraikan ulang tahun pembabitan Kelab Sukan SportsUnit­e, satu acara futsal dan bola jaring membabitka­n pusat jagaan kanak kanak Melayu, Cina dan India bakal dianjurkan di Lembah Klang dalam masa terdekat.

Penasihat Kelab Sukan SportsUnit­e Tan Sri Noordin Hassan berkata, semua peserta program anjuran mereka dianggap sebagai pemenang.

“Bagi kami, semua peserta adalah juara dan paling penting keceriaan bermain dengan semangat kesukanan, setia kawan dan perpaduan kaum.

“Teruja dapat melihat remaja berbilang kaum bermain bersungguh-sungguh. Secara tidak langsung nilai murni peserta dapat ditingkatk­an ditambah dengan sokongan padu ibu bapa sewaktu acara berlangsun­g,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia