Harian Metro

MOURINHO TEKAD KEKAL MOMENTUM

- AFP

Manchester

Jose Mourinho mahu mengekalka­n momentum pasukannya ketika menentang Reading pada pusingan ketiga Piala FA malam ini biarpun ia mungkin menjejaska­n prestasi mereka dalam aksi liga.

Manchester United menamatkan penantian 12 tahun untuk menjuarai Piala FA musim lalu biarpun ia masih belum mencukupi untuk menyelamat­kan Louis van Gaal daripada dipecat selepas gagal membawa mereka ke Liga Juara-Juara.

Enam kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Perdana meletakkan United pada kedudukan terbaik untuk mencabar kelayakan Liga Juara-Juara pada separuh kedua musim.

Ironinya, cabaran terbesar terhadap liga masih belum menjanjika­n kejayaan pada peringkat piala.

United masih berada dalam dua kejohanan kalah mata di mana mereka berdepan pusingan pertama separuh akhir Piala Liga menentang Hull City Selasa depan dan aksi 32 pasukan terakhir Liga Europa menentang Saint Etienne pada Februari.

Berdepan kemungkina­n jadual padat, Mourinho perlu memutuskan sama ada mahu membuat rombakan untuk menentang Reading, pasukan di tangga ketiga Kejuaraan dan dikendalik­an bekas bintang United Jaap Stam.

Mourinho pastinya memikirkan untuk melakukan penggilira­n, selepas membuat lima pertukaran untuk perlawanan menentang West Ham awal pagi Selasa dengan kemenangan 2-0.

Apa saja yang keputusan pengurus, pertahanan Daley Blind yakin ia boleh ditangani dengan menyatakan United mempunyai kekuatan untuk merobek pertahanan lawan.

“Ia peringkat yang amat penting. Kami mempunyai skuad yang amat cergas dan saya fikir kami perlukan semua pemain kerana kami mempunyai banyak perlawanan,” kata Blind.

“Saya fikir saingan merebut tempat menjadikan kami semakin baik. Semua orang mahu merebut tempat dalam pasukannya dan apabila saingan semakin tinggi, anda perlu beraksi cemerlang dan anda meningkatk­an prestasi satu sama lain. Ia bagus untuk pasukan.”

Kepulangan Stam ke Old Trafford pastinya mengulang memori kejayaan United menjulang trebel pada 1999 apabila skuad kendalian Alex Ferguson ketika itu menyapu bersih Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala FA.

Bekas pemain kelahiran Belanda itu menggalas watak penting dalam pasukan namun meninggalk­an kelab dua tahun kemudian berikutan kontrovers­i dengan Ferguson.

“Seronok sambutan

Stam.

“Saya menempuh detik hebat di sana. Saya sukakan peminat dan kelab.

“Ia detik yang penting sepanjang karier saya. Saya tidak pernah berada dalam acara seperti ini jadi seronok dapat kembali dan berada di sana.”

„ Tetap waspada cabaran Reading dalam saingan Piala FA

jika mendapat hangat,” kata

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia