Harian Metro

SEDIA LEDAK

- AFP

Real Madrid akan menyambut ketibaan Cristiano Ronaldo pada penampilan pertamanya tahun ini ketika juara Eropah itu bertekad menyamai rekod Barcelona di Sepanyol untuk 39 perlawanan tanpa kalah apabila pasukan kerdil Granada berkunjung ke Santiago Bernabeu awal pagi esok.

Ronaldo direhatkan ketika Real tidak menunjukka­n tanda-tanda ‘berkarat’ sejak 17 hari menjuarai Piala Kelab Dunia untuk membelasah Sevilla 3-0 pada aksi pertama 16 pasukan terakhir Piala Raja Sepanyol Rabu lalu.

Kemenangan itu menyokong keputusan berani jurulatih Madrid Zinedine Zidane untuk meninggalk­an Ronaldo ketika menamatkan tahun pertamanya di Bernabeu dengan tiga trofi dan dua kekalahan daripada 54 perlawanan.

“Saya tidak akan merehatkan Ronaldo. Dia akan

(gambar)

bermain Sabtu ini dan beraksi dalam banyak perlawanan, tidak perlu bimbang,” kata Zidane.

Bagaimanap­un, jurulatih kelahiran Perancis itu berjaya membuatkan Ronaldo menerima hakikat tidak dapat beraksi dalam beberapa perlawanan musim ini berbanding jurulatih Real sebelum ini semata-mata mahu memastikan pemain itu menamatkan kempen dengan kecergasan 100 peratus.

“Ada sesetengah pemain yang memberi kesan tertentu seperti Cristiano kerana dia pemain yang berbeza tetapi kami perlukan pembabitan semua untuk menang apa yang kami mahukan,” kata Zidane.

Dengan kemungkina­n 20 lagi perlawanan bakal dilalui dalam tempoh 10 minggu berikutnya, Zidane tentu sekali mahu memanfaatk­an peluang menggilirk­an pemainnya menentang Granada yang hanya menang sekali dalam 16 perlawanan La Liga musim ini.

Gareth Bale, Mateo Kovacic, Lucas Vazquez dan Pepe terus diketepika­n akibat kecederaan manakala kapten pasukan, Sergio Ramos digantung perlawanan.

Bagaimanap­un, Isco dan Karim Benzema dijangka kembali selepas direhatkan ketika menentang Sevilla.

Satu lagi kemenangan buat Real akan melebarkan penguasaan di puncak liga kepada enam mata berbanding Barcelona yang akan berdepan perlawanan lebih mencabar menentang Villareal awal pagi Isnin.

Berbanding Madrid, Barca sebaliknya memulakan 2017 dengan kekalahan 1-2 di tangan Athletic Bilbao pada perlawanan pertama 16 pasukan terakhir Piala Raja Sepanyol biarpun pasukan tuan rumah hanya beraksi dengan sembilan pemain pada separuh masa kedua.

Anak buah Luis Enrique perlu mempamerka­n kebangkita­n segera tetapi ia tidak akan datang dengan mudah berdepan Villareal yang hanya tewas sekali di laman sendiri musim ini.

„ Ronaldo kembali perkuat

Real berdepan Granada

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia