Harian Metro

FAS perlu kaji polisi jual pemain

-

yang menarik perhatian awal tahun ini adalah kenyataan pemain sayap, Christie Jayaseelan yang kini mengikat kontrak bersama pasukan Pahang. Dia meluahkan kegembiraa­nnya apabila mendapat peluang mewakili pasukan negeri dan dia juga terlalu ingin beraksi di depan penyokong yang membanjiri stadium.

Selama ini, pemain yang lincah itu hanya mewakili pasukan kelab seperti PKNS, ATM serta FELDA United. Tetapi, pasukan negeri pastinya mempunyai sokongan lebih ramai kerana struktur bola sepak di Malaysia terbina atas dasar semangat kenegerian.

Lihat saja betapa kuatnya sokongan perkataan ‘Anak’ seperti ‘anak Johor’ atau ‘anak Kedah’ mahupun ‘anak Pahang’. Sedikit sebanyak,

(gambar)

pasukan kelab seperti FELDA United berada di atas landasan yang baik kerana mementingk­an ‘anak Felda’.

Di sini, kita hanya berbahas identiti serta sokongan dan bukan isi kandungan setiap pasukan. Kita sedia tahu, di merata dunia, identiti pasukan jauh lebih penting daripada identiti pemain. Daya tarikan adalah kemajuan pasukan.

Dengan itu, kita pula boleh sukat setiap pasukan dan mengenali identiti pasukan serta hala tuju yang kini mengarah pasukan.

Sebagai contoh, gergasi bola sepak Malaysia, Selangor kini boleh dikenali sebagai ‘selling club’ kerana hampir setiap musim mereka kehilangan pemain terbaik. Dengan sokongan yang padu sehingga tujuh puluh ribu penonton, memang seronok apabila dapat mewakili pasukan itu.

Selangor sudah kehilangan pemain bertaraf bintang seperti Safiq Rahim, Safee Sali, Nazmi Faiz Mansor serta Ahmad Hazwan Bakiri. Sebuah pasukan negeri sekiranya mempunyai cita-cita untuk mengekalka­n sejarah, harus bertungkus lumus mempertaha­nkan pemain terbaik yang boleh menjadi tulang belakang kejayaan.

Kemungkina­n besar pemain terbaik ini akan menerima tawaran dari pasukan lain tetapi ia hanya berlaku apabila pasukan itu bercita-cita tinggi. Tetapi perkara ini tidak kerap berlaku. Dan sebuah pasukan negeri seperti Selangor harus lebih bijak bertindak mengelakka­n perkara itu.

Satu cara terbaik yang tidak diamalkan di negara kita adalah jangkamasa kontrak. Di Malaysia, pemain ditawarkan kontrak setahun atau dua. Sekiranya sebuah pasukan mengikat kontrak tiga hingga lima tahun maka masalah itu tidak akan timbul.

Kontrak jangka panjang ini memberi keyakinan kepada pemain serta kestabilan untuk beraksi cemerlang dan kalau sebuah pasukan dapat mengenal pasti pemain ‘highly talented individual’ maka proses itu akan menjadi lebih mudah.

Di persimpang­an inilah ada pula pentadbir bola sepak yang akan menyoal motivasi pemain yang diberi kontrak panjang. Motivasi seorang pemain datangnya daripada kestabilan minda. Tiada pemain akan rasa minda mereka tenang kerana masa depan mereka sentiasa tidak menentu.

Kembali kepada perkara asal, pentadbira­n pasukan Selangor harus kembali ke pangkuan jalan dengan matlamat untuk menarik sokongan di Stadium Shah Alam walaupun mereka mendaftark­an Stadium Selayang sebagai ‘home ground’. Jika stadium mampu dipenuhi, urusan kewangan akan berjalan lebih lancar.

Pasukan Kelantan pula menjadi ‘pengekspor­t’ terbesar bakat bola sepak. Lihat saja rekod Piala Presiden! Tetapi rekod ini tidak dapat di tingkatkan ke Liga M.

Cita-cita setiap pemain adalah untuk beraksi di hadapan ribuan penonton dan saya percaya impian Christie Jayaseelan akan tercapai di Stadium Darul Makmur di bawah bimbingan Dollah Salleh.

Sementara itu, isu yang ditimbulka­n jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan membuktika­n bahawa Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sudah hilang ‘kejantanan­nya’.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia