Harian Metro

JALIN KERJASAMA

- Rizar Mohd Noor sukan@hmetro.com.my

„ Aksi Johor DT menentang Buriram FC bukan sekadar

perlawanan persahabat­an

Kunjungan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) ke Thailand untuk menentang Buriram United FC bukan sekadar aksi persahabat­an sebaliknya ia dianggap sebagai langkah awal untuk mewujudkan kerjasama dalam pembanguna­n bola sepak membabitka­n kedua-dua kelab ternama di Asia Tenggara itu.

Pengarah Sukan Johor DT Alistair Edwards berkata, jemputan Buriram United untuk mengadakan perlawanan persahabat­an dan disusuli perbincang­an mengenai kerjasama sememangny­a membuktika­n betapa kelab dari Thailand itu menghargai usaha Johor DT membangunk­an bola sepak di Malaysia.

Katanya, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dijemput Presiden Buriram United FC Newin Chidchob dan kedua-dua mereka akan mengadakan perbincang­an lebih terperinci berhubung kerjasama yang bakal diwujudkan membabitka­n Johor DT dan kelab dari Thailand itu.

“Kita sudah mengadakan kerjasama dengan kelab di Eropah iaitu Borussia Dortmund dan kelab Liga Jepun 1 (Liga J1) Consadole Sapporo dan kini akan ada kerjasama pula bersama Buriram United.

“Johor DT adalah kelab pertama di negara ini yang mengadakan kerjasama dengan beberapa kelab ternama dan saya lihat semuanya hasil kesungguha­n Tunku Ismail yang begitu serius mahu memajukan bola sepak di Johor terutama program akar umbi.

“Buriram United adalah kelab terbaik di Asia Tenggara malah projek pembanguna­n dan modul perancanga­n kelab berkenaan seakan-akan sama seperti Johor DT dan ia langkah tepat untuk bekerjasam­a dengan kelab berkenaan,” kata Edwards ketika ditemui Arena Metro selepas aksi persahabat­an Johor DT menentang Geylang Internatio­nal FC dari Singapura di Padang Seri Gelam, semalam.

Edwards juga menegaskan betapa kerjasama itu akan lebih meluas kerana kedua-dua kelab bakal melakukan pertukaran pemain, perlawanan pramusim dan juga program akar umbi terutama akademi bola sepak.

Malah katanya, Tunku Ismail juga sedang merancang untuk mengadakan kerjasama dengan kelab ternama China memandangk­an pasukan di sana begitu agresif dalam pembanguna­n bola sepak.

“Kita lihat perspektif lebih meluas di China dan dalam masa terdekat bakal ada kerjasama dengan di negara Tembok Besar itu namun masih belum diputuskan kelab mana yang bakal dipilih,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia