Harian Metro

MISI BERMULA

- Azlan Hafeedz sukan@hmetro.com.my

„ TRW sertai saingan Liga Super musim baharu

“Saya dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tidak pernah bermain wayang, bersandiwa­ra atau mahu berdrama. Kami tiada masa untuk semua itu. Hentikan segera polemik. Yang jelas, Kelantan kekal beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M),” kata Pengerusi Kumpulan Al Hamra dan Pengerusi RedONE, Tan Sri Annuar Musa yang kini menjadi penaja utama The Red Warriors (TRW), musim ini.

Dengan jawapan yang diberikan oleh mantan Presiden KAFA itu, berakhirla­h teka-teki serta debaran yang menyelubun­gi penyokong Kelantan hampir dua bulan sehingga tercetusny­a pelbagai spekulasi dan andaian di laman sosial.

(gambar kiri)

Bagaimanap­un, Bapa Pembanguna­n Bola sepak Kelantan itu tampil dengan status berbeza, bukan selaku Presiden KAFA, sebaliknya sebagai penaja utama Kelantan menerusi dua syarikat, Kumpulan Al Hamra dan RedONE menggantik­an Vida Beauty Sdn Bhd.

Annuar berkata, Kelantan sudah boleh mendaftark­an 23 pemain termasuk seorang import Margaro Gomez dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang ditutup hari ini (semalam) sebelum perlu mendaftark­an tujuh lagi pemain termasuk tiga import baharu pada 23 Januari ini.

Katanya, hasil persetujua­nnya dan juga ahli Lembaga Pengarah RedONE lain, mereka bersetuju memberi tambahan dana sebanyak RM3 juta kepada KAFA sebagai permulaan mereka untuk melakukan persiapan awal musim.

“Itu adalah suntikan kedua selepas Kumpulan Al Hamra memberi RM3 juta sebagai bon jaminan untuk KAFA mendaftark­an pasukan dengan FAM pada 30 November lalu.

“Jika kedua syarikat itu tidak bantu atau jadi penyelamat KAFA pada saat akhir, Kelantan pasti tidak boleh beraksi dalam Liga M kerana kantung mereka berjumlah RM800,000 kini berbaki RM50,000 selepas RM750,000 digunakan untuk membayar tunggakan gaji pemain dan pegawai,” katanya dalam satu sidang media khas bagi mengumumka­n status kedudukan Kelantan dalam Liga Super di Hotel Sutera Inn, di sini, pagi semalam.

Turut hadir, Naib Presiden KAFA Datuk Rosmadi Ismail, Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor dan Pegawai Media KAFA Mohd Zuki Deraman.

Annuar berkata, Al Hamra dan RedONE akan membentuk satu konsortium dalam tempoh seminggu hingga dua minggu dalam usaha mencari RM7 juta hingga RM10 juta bagi membantu TRW di sepanjang musim.

Namun, katanya, beliau tidak menghalang KAFA untuk mencari penaja lain kerana mereka masih memerlukan lagi sekurang-kurangnya RM5 juta.

“Konsortium itu akan diumumkan pada 14 Januari ini dan saya sasarkan tujuh atau lapan syarikat akan berada di bawahnya termasuk Al Hamra, RedONE dan Chengal Jati. Terkini, saya tengah berunding dengan jutawan kosmetik Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida supaya turut menyertain­ya.

“Selaku penaja utama, saya tidak mahu Kelantan memasuki Liga M ala kadar saja sebaliknya, semua pemain perlu tunjukkan kesungguha­n dan komitmen tinggi untuk bersaing dengan pasukan lain, sekurang-kurangnya memburu satu piala, musim ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia