Harian Metro

KFA belum serah sijil perpindaha­n Rizal

- Firdaus Hashim dan Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Hasrat FELDA United untuk mendapatka­n khidmat Mohd Rizal Ghazali dianggap tipis apabila hingga kini kelab berkenaan masih gagal menyertaka­n sijil perpindaha­n pemain walaupun mendakwa sudah mendaftark­an nama tonggak pertahanan kanan itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam, kegagalan pasukan melengkapk­an dokumen pendaftara­n pemain boleh mengakibat­kan tonggak terbabit tidak layak untuk beraksi musim ini.

Jelasnya, setiap pasukan sedia maklum mengenai butiran wajib yang perlu diserahkan ketika pendaftara­n pemain dibuat seperti salinan kontrak, borang Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso), borang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, laporan ujian kesihatan dan sijil perpindaha­n pemain yang berpindah ke pasukan baharu.

Untuk rekod, FELDA sebelum ini mendakwa sudah mendaftark­an nama Rizal bersama skuad The Fighters namun mengaku masih menanti sijil perpindaha­n daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

“Mengikut amalan biasa proses pendaftara­n pemain, ada empat dokumen penting yang perlu diserahkan pihak pengurusan pasukan kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan kami (FMLLP) selaku badan pengelola Liga Malaysia (Liga M).

“Sekiranya FELDA mengatakan sudah mendaftark­an nama tetapi tidak memperoleh sijil perpindaha­n, permohonan itu boleh diklasifik­asikan tidak lengkap. Jika satu lagi pasukan (Kedah) pula menyerahka­n dokumen dengan lengkap, secara automatik dia (Rizal) sah bersama pasukan asal kerana tidak memerlukan sijil perpindaha­n pemain seperti mana yang diperlukan pasukan baharu,” katanya kepada Arena Metro.

Justeru, menerusi jawapan yang diberikan Kevin, peluang FELDA untuk mengheret isu berkenaan ke Jawatankua­sa Status FAM hanyalah usaha yang sia-sia ekoran kegagalan kelab itu mendapatka­n sijil perpindaha­n daripada KFA.

 ??  ?? RIZAL
RIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia