Harian Metro

Genre etnik artis kena bersatu

-

hiburan tapi ia sebenarnya mempunyai nilai sejarah. Saya bukanlah memperjuan­gkan genre etnik kreatif ini untuk populariti semata-mata tetapi secara tak langsung cuba membawa muzik sebegini ke negara luar.

Sebenarnya, kita ada ramai pelapis yang boleh memperjuan­gkan muzik etnik kreatif tapi mereka tidak diberi peluang.”

YASIN SULAIMAN

“Satu ketika dahulu, saya pernah memperjuan­gkan muzik dunia atau world music selain irama Malaysia yang turut termasuk dalam kategori etnik kreatif.

Malah pada awal milenium, ketika itu world music sangat popular sehinggaka­n artis luar negara seperti Shakira, Sting dan ramai lagi, turut mencuba nasib dengan genre itu.

Selepas gelombang itu, Malaysia dihangatka­n dengan kehadiran program realiti TV dan antara yang terus memperjuan­gkan genre ini adalah Mawi.

Kini, seiring dengan peredaran zaman, muzik sebegitu mula berubah dan masyarakat mula beralih ke muzik yang lain.

Bukanlah maksud saya, muzik genre itu tidak relevan, tetapi untuk memastikan muzik etnik kembali mendapat tempat, kita sebagai anak seni perlu lebih kreatif dan membuat perkara yang lebih segar.

Kalau kita sajikan benda yang sama, ertinya tiada pembaharua­n. Orang mungkin sudah pernah dengar benda yang sama.

Satu lagi cara adalah dengan berkolabor­asi bersama generasi baru.

Itu sedikit sebanyak dapat disesuaika­n dengan jiwa generasi muda dan secara tak langsung menarik minat mereka untuk mendengar.”

HAIRUL ANUAR HARUN

“Pertamanya, kekurangan lagu etnik kreatif yang baru berlaku kerana peredaran zaman dan mengikut kehendak pendengar sendiri. Itu menentukan hala tuju dan warna dalam industri muzik tanah air.

Kedua, adalah kerana tak ada inisiatif untuk melahirkan lagu atau album etnik kreatif. Pada saya, lagu etnik kreatif tak akan berjaya sekiranya penyanyi itu bergerak secara individu.

Kalau kita ingin berperang contohnya, kita tak mungkin akan menang sekiranya bergerak secara bersendiri­an.

Begitu juga dengan muzik. Kalau kita ingin memenangi industri ini, kita perlukan sekurangku­rangnya lima ke enam artis, hasilkan lagu pada masa sama dan pergerakan itu harus serentak.

Kalau ramai, kita akan bersaing sesama sendiri dan ‘menyerang’ industri dengan lagu berkualiti.

Insya-Allah, mungkin dalam masa lima tahun akan datang, muzik etnik kreatif akan kembali mendapat tempat di hati peminat.

Yang penting, karya yang dihasilkan haruslah berkualiti dan bukan sekadar melepaskan batok di tangga.”

SYURA

“Kali terakhir saya mendengar lagu-lagu etnik kreatif dan irama Malaysia yang rasanya gah adalah sekitar 2007 dan 2008.

Saya rasa, tak ada masalah sekiranya penyanyi muzik etnik kreatif bergabung dengan penyanyi genre lain, asalkan keindahann­ya tak hilang.

Tentunya sebagai artis yang banyak menyanyika­n lagu genre ini, saya rindu untuk melihat semula kegemilang­an lagu etnik kreatif”.

Kategori lagu irama Malaysia kini kian dilupakan malah dianggap seperti sudah tidak relevan

 ??  ?? NORANIZA
NORANIZA
 ??  ?? SYURA
SYURA
 ??  ?? HAIRUL
HAIRUL
 ??  ?? YASIN
YASIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia