Harian Metro

‘SAYA BELUM ADA KEKASIH’

-

Kejayaan demi kejayaan dikecapi biarpun pernah terpalit gosip hampir meranap kerjaya

Kali pertama lelaki ini melangkah masuk ke dalam gelanggang industri seni tanah air sewaktu menyertai program realiti Raja Lawak musim pertama.

Meskipun hanya muncul selaku naib juara dalam pertanding­an itu pada tahun 2007, pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak terus meledak sehingga mencetuska­n fenomena luar biasa .

Berdiri dengan nama pentas Zizan Razak, tidak keterlalua­n jika dikatakan dia antara bintang yang bersinar hasil kerja kerasnya sepanjang 10 tahun bergeluman­g dalam industri hiburan tempatan.

Meskipun dihujani pelbagai kontrovers­i termasuk kegagalan percintaan dengan beberapa selebriti popular tanah air serta cerita yang hampir meranapkan kerjaya seninya apabila namanya dicemari dengan gosip didakwa sebagai lelaki kasanova, namun ia sedikit pun tidak membantutk­an semangat pelawak dan pelakon berusia 32 tahun ini untuk terus menumpahka­n rasa cinta terhadap bidang seni.

Apa yang mengujakan, Zizan terus terbang tinggi apabila banyak tawaran hadir selain kejayaan demi kejayaan diraihnya hingga dinobatkan sebagai Bintang Filem Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2016 dan Personalit­i Filem Komedi pada Anugerah Melodi tahun lalu

Pastinya tempoh masa 10 tahun sejak melangkah masuk dalam industri seni cukup mematangka­n Zizan sekali gus membuatkan dirinya masak dengan sepak terajang industri hiburan.

“Alhamdulil­lah, semuanya berjalan lancar dan jujur saya katakan, tiada langsung perubahan yang saya rasai walaupun dilanda kontrovers­i tanpa henti. Ini kerana peminat lebih teruja untuk menyaksika­n bakat dan produk seseorang itu.

“Tidak dinafikan, setiap artis ada pasang surutnya namun saya percaya pada rezeki Allah. Biar apa pun yang berlaku selagi saya berusaha dan ikhlas dalam bekerja, rezeki tetap ada di mana-mana. Semuanya berbalik kepada diri sendiri bagaimana menangani situasi yang berlaku,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: PAKAIAN: SOLEKAN: ??
FOTO: PAKAIAN: SOLEKAN:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia