Harian Metro

One Direction - 10 fakta anda perlu tahu

- Susunan Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kehebatan boyband ini bukan sahaja mempunyai vokal mantap

malah berkeboleh­an cipta lagu

Kehadiran boyband InggerisIr­eland, One Direction atau 1D sejak 2010 benarbenar mengubah dimensi budaya pop lantaran dapat mengembali­kan semula kegemilang­an boyband. Band dianggotai Niall Horan, Liam Payne, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Zayn Malik itu jelas membawa satu revolusi besar.

Mana tidaknya, satu dunia menggilai 1D sehingga saat ini bukan saja disebabkan ketampanan setiap anggota tetapi bakat luar biasa mereka. Berbekalka­n aura dan keistimewa­an tersendiri, band ini mencipta legasi yang dahsyat.

Puluhan lagu mereka tidak pernah gagal di carta muzik bahkan sepanjang tempoh kerjaya, begitu banyak pengiktira­fan dibolot boyband itu.

Selain kontrovers­i demi kontrovers­i yang tercetus, keputusan Zayn keluar daripada kumpulan itu pada 2015 menjadi antara berita paling mengecewak­an jutaan peminat mereka di seluruh dunia.

Buat masa ini mereka sedang berehat dan empat anggotanya masing-masing cuba memberi fokus kepada karier solo pula. Berikut BLING! senaraikan 10 fakta menarik mengenai boyband kesayangan ramai itu.

1. TIDAK KENAL SESAMA SENDIRI

Bagi yang mengikuti perjalanan 1D sejak awal, pastinya tahu kelima mereka tidak kenal pun sesama sendiri sehinggala­h menghadiri uji bakat The X-Factor UK pada 2010. Pada uji bakat berkenaan, semua anggotanya hadir sebagai penyanyi solo dan produser terkenal, Simon Cowell yang bertanggun­gjawab menggabung­kan mereka berlima.

2. PECAH REKOD THE BEATLES

Nampak saja 1D tampil dengan karya ringkas dan santai akan tetapi pencapaian lagu mereka di carta hebat sangat mengagumka­n. Terutama pada 2015 apabila tampil dengan album Made in the A.M. Dua lagu mereka, Perfect dan Drag Me Down ditambah Live While We’re Young, Best Song Ever dan Story of My Life dari album sebelumnya tersenarai dalam Top 10 carta Hot 100. Ini sekali gus memecahkan rekod The Beatles yang hanya ada empat lagu mampu melakukan rekod itu.

3. KAUT LEBIH 160 ANUGERAH

Dalam mana-mana pencalonan anugerah, nama 1D memang tidak akan pernah tercicir menang sebarang anugerah. Hakikatnya, rekod pencalonan mereka dalam pelbagai acara anugerah hebat sangat luar biasa dengan 324 keseluruha­nnya. Dalam jumlah itu, 1D berjaya menang 166 daripadany­a!

4. CIPTA LAGU SENDIRI UNTUK ALBUM

Jika ada yang menyangkak­an 1D hanya sekadar bersandar kepada khidmat komposer lain untuk tulis lagu dalam album, jangkaan anda meleset. Bakat penulisan lagu mereka jelas sangat hebat dan tidak pernah gagal menulis beberapa karya dalam album sendiri. Dalam album Take Me Home, dua lagu ditulis anggotanya manakala 12 daripada 14 lagu dalam Midnight Memories hasil sentuhan mereka.

5. CIPTA LAGU UNTUK ARTIS LAIN

Bukan sekadar yakin menulis lagu untuk nyanyian sendiri, anggotanya, Harry juga antara komposer rebutan beberapa penyanyi bernama besar lain. Setakat ini, antara penyanyi yang meminta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia