Harian Metro

Ronaldo curi hati nadia

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Pemain kelahiran Portugal yang tampan lagi bergaya bernama Cristiano Ronaldo sentiasa menjadi idola setiap peminat bola sepak.

Begitu juga dengan pelakon Nadia Brian yang mengaku pemain Real Madrid itu sudah mencuri perhatiann­ya walaupun dia sendiri jarang bermain sukan popular dunia itu.

“Dia (Ronaldo) adalah penyerang versatil yang saya minat dengan cara permainan hebat yang sering ditampilka­n.

“Malah, dia bijak mencari peluang setiap kali mahu menyudahka­n gol. Tendangan Ronaldo juga sangat kuat sehingga mampu menendang bola dari jarak jauh untuk dihantar kepada rakan sepasukan,” katanya.

Kata Nadia yang hanya bermain bola sepak ketika lapang, Ronaldo juga adalah pemain bola sepak yang kreatif dan mempunyai pelbagai teknik sepakan.

“Sebab itu, dia sering berjaya menghasilk­an gol ketika mengambil sepakan penalti, selain jaringan dari jarak jauh.

“Selain itu, Ronaldo juga mampu mengawal bola dan pertahanan pasukan daripada dibolosi lawan,” katanya.

Menambah rasa minatnya terhadap pemain berusia 31 tahun itu adalah kecemerlan­gan dan kejayaan yang dikecapi sejak bergelar pemain bola sepak.

Nadia atau nama sebenarnya, Najwa

Mohamed Rashidi, 25, berkata, penghargaa­n yang diterima Ronaldo itu adalah tanda dan bukti dia disanjungi serta diterima pengamal bola sepak di seluruh dunia.

“Pada usia muda, Ronaldo sudah berjaya membuktika­n dia mampu bergelar pemain terbaik dunia dengan cara permainan yang dikagumi.

“Dia berjaya mendapat pelbagai gelaran sehingga disegani setiap kelab terbaik dunia.

“Ronaldo juga berjaya menarik minat produk terkenal dunia yang mahu dia menjadi duta. Kehebatan itu menjadikan Ronaldo sering menjadi orang pertama yang dirujuk dalam bidang seni,” katanya.

Katanya, dalam bola sepak dia sangat meminati kelab Arsenal yang dianggap kelab terbaik di Eropah.

“Kejayaan demi kejayaan yang digapai Arsenal sepanjang pembabitan dalam Liga Perdana Inggeris adalah sesuatu yang saya kagumi.

“Perkara itu juga menjadi pemangkin saya untuk terus berada dalam bidang seni dan memajukan diri,” katanya yang mengaku bola sepak dapat mengeratka­n ikatan bersama rakan.

Dalam pada itu, Nadia mengakui sukan juga dapat menyihatka­n badan khusus buat dirinya yang kini bergelar artis dan sangat mementingk­an aktiviti bersukan.

“Apabila kita bersukan kita dapat mengeluark­an peluh dan ia akan membantu untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan kita.

“Sebagai selebriti, bersukan dapat memberi tenaga untuk kita menghasilk­an yang terbaik dalam kerja,” katanya yang juga pernah mewakili daerah untuk sukan bola jaring.

Berkenaan perkembang­an terkini, kata Nadia, dia akan menjalani penggambar­an drama bersiri Cik Serba Tahu sepanjang Januari.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia