Harian Metro

Exco perlu lebih bijaksana

-

angin perubahan.

Jika dulu ahli ‘Exco’ tampak berkuasa dan bertindak seperti penentu pengurusan persatuan masing-masing, tetapi sekarang tidak semestinya. Selepas beberapa dekad hampa dengan pengurusan pasukan masing-masing, ramai peminat kini mempelajar­i setiap aspek bola sepak dengan lebih mendalam.

Ditambah kecewa dengan prestasi pasukan kebangsaan yang masih di takuk lama, peminat juga mula bijak menilai prestasi ahli Exco mengurus tadbir pasukan yang mereka minati.

Justeru, peranan dan pengetahua­n ahli Exco dalam bola sepak tempatan kini amat dipersoalk­an. Bukan saja bola sepak, barangkali peminat dalam bidang sukan yang lain juga semakin lantang membantah keputusan ahli Exco yang dianggap tidak memangkin kemajuan sukan.

Dulu ungkapan “Exco” membayangk­an kuasa bijaksana dan lambang ketinggian ilmiah tetapi saya rasa, sekarang tidak lagi dianggap begitu oleh peminat.

Pada 1992, buat kali pertamanya saya secara tidak langsung turut terkesan dengan reaksi balas keputusan Exco membabitka­n penyerang sensasi Johor ketika itu, Abbas Saad.

Sebagai rakan,

Abbas meminta saya memperkena­lkannya dengan pengurus Selangor, Datuk Mohd Aini Taib untuk menyampaik­an hasratnya menyarung jersi Merah Kuning. Difahamkan Datuk Aini teruja untuk mendapatka­n khidmat Abbas yang sedang menyerlah selaku tonggak dan penjaring utama pasukan Johor.

Begitupun, hasrat Abbas tidak kesampaian garagara keputusan Exco yang menganggap penyerang Australia itu ‘bermasalah’. Bagi saya, alasan yang diberikan Exco terlalu sukar difahami kerana Abbas adalah penjaring yang konsisten di samping beraksi dalam hampir semua perlawanan, bukan pemain yang mudah cedera.

Siapa sebenarnya ahli Exco walaupun mereka sudah dilantik? Apakah latar belakang dan pengetahua­n mereka dalam menentukan keputusan terbaik untuk pasukan? Di tahap mana keikhlasan ahli Exco membuat penilaian terbuka terhadap Abbas?

Persoalan yang mungkin sama boleh ditimbulka­n peminat sekarang terhadap pengetahua­n, latar belakang dan sikap hala tuju Exco dalam menggarap matlamat sebenar sesebuah pasukan atau persatuan.

Dengan nada yang sama, kebanyakan peminat bola sepak tanah air turut mula menyelidik­i halhal dalaman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Bukan menafikan usaha yang dilakukan orangorang terdahulu tetapi ingin melihat peningkata­n bola sepak Malaysia menerusi langkah yang lebih drastik dan konkrit.

Malah di Australia, kerajaan negara itu juga sedang memperinci kerangka pengurusan yang lebih telus dan efisien dalam kalangan badan sukannya sebelum meluluskan dana yang besar untuk mencapai tahap kejayaan di Sukan Olimpik.

Ungkapan ‘Exco’ kini bukan sekadar gelaran. Ia adalah tanggungja­wab besar yang seharusnya dipikul dengan usaha dinamik serta berdaya kreatif. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia