Harian Metro

KBS PATUT HARGAI FAIZ

-

Alangkah segaknya Faiz Subri bila mengenakan baju Melayu siap bersamping dan bertengkol­ok, hadiah daripada Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA). Tentu lebih segak jika pemain Pulau Pinang itu dibenarkan memakai pakaian itu semasa menghadiri majlis anugerah Puskas di Zurich, Switzerlan­d, 10 Januari ini.

Lebih manis jika Faiz memenangi anugerah untuk jaringan tercantik itu. Bukan saja namanya akan terpahat dalam sejarah malah nama Malaysia akan turut menjadi sebutan.

Jika dibenarkan memakai baju tajaan ISMMA itu, secara tidak langsung dapat mempromosi pakaian tradisiona­l Malaysia, khususnya orang Melayu di mata dunia.

Sumbangan sepersalin­an baju Melayu sumbangan ISMMA walaupun hanya bernilai RM3,000 tapi tetap berharga sebagai tanda sokongan kepada pemain berkenaan.

Pada masa sama,

Spy Bola harap kerajaan melalui Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) boleh memikirkan satu bentuk ganjaran atau pengiktira­fan kepada Faiz tidak kiralah sama ada dia memenangi anugerah atau tidak kerana tersenarai dalam tiga terbaik dunia juga sudah satu pencapaian luar biasa.

Setakat ini kerajaan Pulau Pinang dan Persatuan Bolasepak Malaysia

(FAM) memberi ganjaran kepada Faiz. Malah, Tunku Mahkota Johor turut menunjukka­n komitmen kepada bola sepak

Malaysia apabila turut menghadiah­kan RM15,000 kepada pemain itu.

Mungkin kerajaan negeri Kedah atau Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) boleh mengambil langkah sama kerana walaupun tidak pernah mewakili negeri itu, namun Faiz adalah anak jati Kedah yang lahir dan dibesarkan di Ayer Hitam, Jerlun.

Spy Bola: Cheq pun oghang Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia