Harian Metro

ALAMAK DAH KANTOI!

-

Ini cerita seorang pemain bola. Glamornya setaraf artis, malah gaya hidup pun macam selebriti. Dia ni dah kahwin dengan seorang wanita yang boleh tahan juga glamornya semasa remaja. Mereka sudah dikurniaka­n anak.

Sejak zaman belum kahwin, pemain bola ini memang terkenal dengan sifat playboy. Dia bertukar kekasih macam menukar jersi. Maklumlah mukanya kacak, badan pula sado, gadis lihat memang tergoda. Bila kahwin ramailah yang kecewa menonggeng dan meratap hiba.

Pada awal perkahwina­n, rumah tangga pemain ini nampak cukup bahagia. Bila bergambar bersama memang terserlah kebahagiaa­n mereka. Apatah lagi selepas dikurniaka­n anak.

Tapi, rupa-rupanya panas tidak sampai ke petang, hujan turun di tengah hari. Disangka selepas berkahwin, pemain ini berubah perangai, maklumlah sudah dapat isteri cantik dan baik, apa lagi yang nak dicari.

Sebaliknya, Spy Bola diberitahu, dia sekarang kembali ligat berfoya-foya dengan teman wanita silih berganti. Pada awalnya, dia pandai makan, pandai simpan sampaikan si isteri tidak dapat mengesan. Tapi bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru, busuknya dapat juga dihidu si isteri.

Khabarnya, pemain bola ini kantoi dek kesilapann­ya sendiri apabila dia terlupa memadam mesej cinta seorang wanita yang dihantar melalui WhatsApp. Nasib baik si isteri sekadar bagi amaran terakhir, kalau dia bungkus kain baju angkat kaki balik ke rumah emak ayahnya, kan dah jadi panjang lebar ceritanya macam drama Melayu di televisyen.

Kata yang menyampaik­an cerita kepada Spy Bola, sejak terkantoi, pemain itu kini pulang ke pangkal jalan. Harap-harap berkekalan keinsafann­ya itu.

Spy Bola: Berguru dengan Abang Jamil.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia