Harian Metro

Idam Grammy Awards

- Payatt riadz@hmetro.com.my

Harap pencalonan kali ke-12 membuahkan hasil

Pemain bass Megadeth, David Ellefson berharap band thrash metal itu dapat memenangi anugerah Grammy pertama mereka tahun ini selepas 12 kali dicalonkan.

Dalam Grammy

Awards 2017 yang akan berlangsun­g pada 12 Februari ini di

Los Angeles, Amerika Syarikat, Megadeth dicalonkan dalam kategori Persembaha­n Metal Terbaik menerusi lagu Dystopia daripada album terbaru yang juga album studio ke15 mereka.

Dalam kategori itu, mereka akan berentap dengan Korn yang dicalonkan menerusi lagu Rotting in Vain, Gojira (Silvera), Baroness (Shock Me) dan Periphery (The Price Is Wrong).

“Ia satu penghargaa­n daripada industri muzik dan rakan seangkatan terhadap muzik kami.

Saya harap satu hari nanti kami akan menang di Grammy, tentu seronok! Dapat dicalonkan sebagai finalis pun sudah cukup menyeronok­kan,” katanya dalam satu temu bual, baru-baru ini.

David anggota asal band dari Los Angeles ini bersama penyanyiny­a Dave Mustaine. Dua lagi anggota Megadeth ialah Kiko Loureiro (gitar) dan Dirk Verbeuren (dram).

David berkata, kemenangan di Grammy Awards tentu berbeza jika mereka artis pop atau urban.

“Ia mampu melonjakka­n jualan album, konsert jelajah dan sebagainya. Saya masih ingat ketika Norah Jones memenangi banyak Grammy dan ia mengubah kehidupan penyanyi itu.

“Bagi band metal seperti kami agak berbeza. Kami sudah lama dalam industri muzik dan melakukan segala-galanya sendiri. Kami juga sudah melakukan konsert jelajah ke seluruh dunia dan cukup rapat dengan peminat,” katanya.

Pencalonan pertama Megadeth di Grammy Awards ialah pada 1991 menerusi lagu Rust In Peace. Dystopia ialah pencalonan kelima mereka dalam tempoh tujuh tahun.

David berkata, dia menghargai The Recording Academy kerana tidak melupakan muzik metal dalam pencalonan Grammy, malah band metal dan rock kerap diberi peluang mengadakan persembaha­n di pentas Grammy.

“Grammy Awards adalah sesuatu yang hebat. Hampir semua genre muzik dipertandi­ngkan. Walaupun tidak semua penyampaia­n anugerah ditayangka­n secara langsung, tetapi ia membuktika­n mereka terbuka terhadap semua jenis muzik,” katanya.

Dalam pada itu, Megadeth yang kini sedang mengadakan konsert jelajah Killing Road Tour bakal singgah di Singapura pada 2 Mei ini.

Peminat Megadeth di Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton konsert mereka yang akan diadakan di Kallang Theatre itu.

Pada 2001, Megadeth sepatutnya mengadakan konsert di Kuala Lumpur tetapi ia dibatalkan berikutan penggunaan maskot Megadeth iaitu Vic Rattlehead yang berimej tengkorak dikatakan tidak sesuai buat masyarakat negara ini.

Untuk rekod, Megadeth yang dilabel sebagai ‘big four’ dalam genre thrash metal bersama Metallica, Slayer dan Anthrax sudah menjual lebih 50 juta album di seluruh dunia sejak 1985.

 ??  ?? DARI kiri Dirk, Kiko,
Dave dan David.
DARI kiri Dirk, Kiko, Dave dan David.
 ??  ??
 ??  ?? VIC Rattlehead yang menjadi maskot Megadeth sejak album pertama mereka pada 1985.
VIC Rattlehead yang menjadi maskot Megadeth sejak album pertama mereka pada 1985.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia