Harian Metro

Saari belum ucap selamat tinggal

-

“Saya masih buat lagu dan sesekali diundang sebagai juri pertanding­an nyanyian. Hasil karya terbaru saya ialah Lahirmu Untuk Dia nyanyian Aris, Berani (Keena Mentor) dan Luka Dalaman (Zamani dan Lulu).

“Memang dulu tawaran buat lagu datang tidak putusputus diterima sehinggaka­n tak terkejar dibuatnya berbanding sekarang.

“Saya lebih banyak berehat dan sesekali hasilkan single untuk artis baru seperti lagu Cinta Luaran dan Jiranku Mat Rock nyanyian Zarina yang juga pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Lagu ini sedap didengar dan mempunyai melodi menarik tapi sayangnya stesen radio kita kurang berminat memutarkan­nya,” kata Saari.

Ayah kepada empat anak iaitu Fitri Amri, Iraas Irma, Iraas Maliani dan Amri Farizuan ini akui terkilan dengan prosedur stesen radio yang mengehadka­n durasi lagu kepada empat minit saja sekarang.

“Paling lama pun sekitar empat minit setengah tapi sebenarnya ia menyekat kreativiti penciptaan lagu. Bayangkan untuk ‘part’ solo gitar pun hanya kena buat beberapa bar sahaja.

“Bahkan ada juga lagu yang tiada langsung ‘part’ solo dan ia perkembang­an yang tak sihat bagi penciptaan lagu.

“Bagaimanap­un, saya faham stesen radio sekarang kena bersaing untuk dapat iklan dan pengkarya kena akur dengan syarat yang ditetapkan,” jelasnya.

BUKU KISAH HIDUP

BERI IMPAK

Tidak pernah berhenti hasil lagu malah sesekali diundang jadi juri pertanding­an nyanyian

Saari yang hanya bersekolah setakat darjah enam turut menulis buku berjudul Airmata Saari Amri yang diterbitka­n pada 2014 dan dijual secara ‘online’.

“Saya tak belajar tinggi tapi saya sering berfikir cara untuk ubah kehidupan agar senang. Buku ini bagus untuk bacaan remaja kerana ia memberi motivasi untuk mereka berjaya.

“Bahkan ada juga yang menangis sebaik membacanya. Saya berbangga kerana Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) turut membeli 500 naskhah,” katanya.

Pernah bergelar jutawan dan memiliki studio rakaman, Menora Studio berharga RM1.5 juta sebelum semuanya hilang. Namun Saari bersyukur dengan apa yang ada padanya sekarang.

“Kawan tak bayar hutang ratusan ribu sehingga bangunan saya dilelong oleh bank. Boleh dikatakan saya rebah juga kerana percayakan kawan-kawan.

“Tapisayaam­biljalan mudah halalkan saja hutang mereka. Hati pun tak sakit jadinya. Lagipun dah tertulis itubukanre­zekisaya.

“Saya amat berterima kasih terhadap Datuk Aziz Bakar selalu beri semangat dan membantu ketika saya dalam kesusahan,” katanya.

Menurutnya, dengan royalti daripada 600 lagu yang dihasilkan­nya, dia mampu memberikan kehidupan sederhana untuk keluargany­a.

“Saya pernah hidup mewah dan sekarang hidup sederhana saja tapi yang penting saya dapat sara keluarga dan sekolahkan anak-anak.

“Dua yang besar kini belajar di pusat kemahiran dan universiti manakala dua lagi masih di sekolah menengah.

“Saya tak berani nak jamin akan buat kebangkita­n semula dalam industri selagi pasaran album kita masih lesu dan semua penyanyi hanya hasilkan single sendiri,” katanya yang kini membantu masyarakat dengan mengubati penyakit kencing manis.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia