Harian Metro

Fazlina tahan sakit di lokasi

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Dalam mahu menjadi seorang pelakon realistik, Fazlina Ahmad Daud sedar apa yang cuba dilakukann­ya itu kadangkala membuatkan ada pihak kurang menyenangi.

Namun, dia tidak peduli sebaliknya berasakan sebagai pelakon, dia harus menonjolka­n setiap watak dengan bersahaja serta memberi impak besar kepada penonton.

Berkongsi perkara ini, Fazlina yang juga adik aktres Fauziah Ahmad Daud itu berkata, sebagai contoh jika ada babak hendak bersolat, pastinya muka seseorang itu perlu ‘natural’ tanpa sebarang solekan.

“Saya rasa lakonan kita perlu jujur dan saya rasa bertuah kerana percaturan dalam bidang lakonan memberi banyak perkara positif. Tidak kiralah watak yang saya lakonkan itu baik atau jahat orang akan ingat.

“Pada saya, dalam melakonkan sesuatu watak itu kita perlulah lebih realistik supaya orang terkesan. Namun ada pula segelintir pelakon senior kurang berkenan,” katanya.

Fazlina berkata, dia pernah ditegur oleh pelakon senior akan hal itu namun dia hanya mampu tersenyum saja.

Baginya, setiap pelakon punya cara masing-masing dan itu adalah caranya dalam memberikan hasil yang terbaik terhadap sesuatu watak yang dibintangi.

Berkongsi perkembang­an seni, drama bersiri lakonan Fazlina, Lara Cinta Ameena baru saja melabuhkan tirainya di TV3.

Mengulas mengenai wataknya, Fazlina punya cerita di sebalik menjalani penggambar­an drama berkenaan. Hampir sebulan dia menahan sakit kaki gara-gara sebatang

jarum termasuk dalam tapak kakinya.

“Kejadian berlaku ketika saya menjalani penggambar­an di sebuah butik. Saya tidak sedar kaki terpijak jarum sehinggala­h rasa seperti dicucuk-cucuk.

“Selepas jarum itu berjaya dikeluarka­n, saya masih terasa sakit sehinggala­h saya pergi berurut. Kemudian separuh lagi bahagian jarum yang patah itu terkeluar.

“Memang tidak sangka kerana saya fikir semuanya sudah keluar rupanya separuh lagi patah dan tertinggal lama dalam kaki,” katanya.

Namun, Fazlina bersyukur kerana tiada masalah mudarat lain berlaku pada kakinya itu selepas itu.

“Alhamdulil­lah semuanya sudah pulih seperti biasa. Bimbang juga kalau-kalau ia melarat kerana saya terpaksa biarkan jarum itu dalam kaki hampir sebulan berikutan perlu fokus dengan penggambar­an Lara Cinta Ameena,” jelasnya.

Tak sangka kaki tercucuk

jarum ketika penggambar­an Lara Cinta

Ameena

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia