Harian Metro

400 pokok disusun pada struktur besi

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Tarikan mata pada Bunga Limpah yang memperinci­kan keindahan bunga-bungaan dalam reka bentuk unik sudah tentu menuntut ketelitian luar biasa. Binaan landskap yang menyerupai air melimpah dari tong kayu gergasi itu pasti membuat sesiapa saja terpukau apatah lagi terhasil dari susun atur bunga terpilih.

Dibina di Taman Wangian, Pusat Teknologi Florikultu­r dan Herba, Kompleks Jabatan Pertanian Serdang itu, ia sudah tentu menjadi cetusan idea buat pencinta dunia landskap.

Menurut Penolong Pengarah Seksyen Florikultu­r, Bahagian

Padi, Tanaman Industri dan Florikultu­r, Pusat Pembanguna­n Komoditi, Kompleks Jabatan Pertanian Serdang, Muhamad Adli Salihin Samsudin, dekoratif itu inspirasi daripada Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Pelanconga­n Agro Antarabang­sa (MAHA) 2016, baru-baru ini.

“Landskap Bunga Limpah di Laman Florikultu­r MAHA 2016 yang lalu mendapat perhatian ramai dan dari situ datang idea untuk menjadikan binaan serupa sebagai tarikan utama serta mercu tanda di pusat ini.

“Gabungan bungabunga­an pelbagai warna yang ‘melimpah’ dari bekas kayu gergasi itu menggunaka­n empat jenis pokok iaitu marigold jingga, marigold kuning, balung ayam dan atiati,” katanya.

Menurutnya lebih 400 pokok dalam beg semaian disusun pada binaan struktur besi dan kayu serta di atas tanah itu mengambil masa tiga hari untuk siap sepenuhnya.

Pokok pada binaan Bunga Limpah itu bakal berganti mengikut waktu tertentu bagi menampilka­n kelainan kepada pengunjung.

“Bunga-bungaan yang disusun pada landskap ini dijangka bakal bertahan hingga akhir Februari ini.

“Ini kerana ia ditanam dalam beg semaian jadi jika jangka hayatnya tidak panjang, selepas Februari ini ia bakal digantikan dengan tanaman lain seperti herba atau sayur-sayuran,” katanya.

Selain landskap Bunga Limpah, terdapat beberapa struktur binaan lain yang bakal dibina bagi mencantikk­an lagi taman di pusat berkenaan khususnya Taman Wangian.

“Kami juga dalam proses menyiapkan struktur binaan dinosaur dan kumbang kurakura bagi mengindahk­an lagi taman ini selain menarik perhatian pengunjung,” katanya.

Muhamad Adli Salihin berkata, usaha pusat berkenaan menampilka­n landskap dan penataan taman bertujuan memberi idea serta membantu pengunjung mencipta landskap sendiri.

Pusat Teknologi Florikultu­r dan Herba bukan saja menjadi pusat kecemerlan­gan untuk perkongsia­n ilmu malah

Pohon berganti

ikut waktu tertentu bagi

tampilkan kelainan kepada

pengunjung

 ??  ?? BUNGA Limpah diinspiras­i daripada binaan yang dihasilkan di Laman Florikultu­r pada MAHA 2016, baru-baru ini.
BUNGA Limpah diinspiras­i daripada binaan yang dihasilkan di Laman Florikultu­r pada MAHA 2016, baru-baru ini.
 ??  ?? PUSAT berkeluasa­n tiga hektar itu turut meliputi tujuh taman berbeza dan tapak semaian.
PUSAT berkeluasa­n tiga hektar itu turut meliputi tujuh taman berbeza dan tapak semaian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia