Harian Metro

Biru kelam trend tahun ini

-

Sementara minggu depan pula satu lagi warna pilihan bakal saya kupas dalam ulasan yang lebih terperinci.

Salah satunya ‘dusky blue’ atau biru kelam yang dijangka menjadi trend hiasan kediaman tahun ini. Biru kelam sebenarnya tergolong dalam kumpulan warna sejuk namun jangan salah sangka warna itu bukanlah biru pekat atau biru hitam. Biru kelam dikatakan satu gabungan daripada warna biru dan kelabu, jadi biru yang terhasil kelihatan lebih pekat ke arah kelabu dan bukan ke arah biru pekat atau biru gelap. Penggunaan biru kelam ini selalunya tidak digunakan pada keseluruha­n ruang.

Jika digunakan untuk keseluruha­n ruang, ia hanya menghasilk­an suasana yang kelam dan suram. Jadi untuk mengatasin­ya penggunaan biru kelam sering dikombinas­ikan dengan warna putih.

Kehadiran warna putih dalam dekorasi biru kelam dilihat saling melengkapi dan bagaikan satu padanan yang ideal. Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam dekorasi tahun ini, anda boleh mencuba tata hias pada ruang kediaman menggunaka­n biru kelam dengan padanan putih. Berdasarka­n pengalaman saya biru kelam sememangny­a kurang mendapat sambutan di negara ini. Rata-rata di antara kita lebih menyenangi kombinasi biru laut, biru pastel dan biru langit untuk menghiasi ruang kediaman. Biru kelam dilihat terpinggir dan tidak menjadi pilihan kerana persepsi biru ini sukar untuk menghasilk­an sentuhan dekorasi menarik. Namun dengan sedikit pengetahua­n tema sesuai dan kombinasi putih dengan biru kelam bakal menghasilk­an sentuhan dekorasi memukau.

 ??  ?? BIRU kelam sebenarnya tergolong dalam kumpulan warna sejuk namun jangan salah sangka, warna itu bukanlah biru pekat atau biru hitam.
BIRU kelam sebenarnya tergolong dalam kumpulan warna sejuk namun jangan salah sangka, warna itu bukanlah biru pekat atau biru hitam.
 ??  ?? SUDUT keindahan ruang berbeza apabila kombinasi biru kelam diketengah­kan.
SUDUT keindahan ruang berbeza apabila kombinasi biru kelam diketengah­kan.
 ??  ?? BIRU kelam yang dijangka bakal menjadi trend hiasan kediaman tahun ini.
BIRU kelam yang dijangka bakal menjadi trend hiasan kediaman tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia